Laman Utama
Awie Serik Ambil Pembantu Rumah Warga Asing, Cari Orang Tempatan- “Pandai Menipu Lari Ikut Jantan!”
Vokalis kumpulan rock legenda Wings Datuk Awie akui serik untuk mengambil pembantu rumah warga asing.
Berkongsi pengalaman buruknya bersama media, Awie berkata sudah beberapa kali ditipu mereka.
“Yang terbaru, pembantu rumah saya lari dari rumah kerana ikut jantan Bangladesh.
“Saya cari dia selepas itu, mungkin dia ingat dia bijak tapi sebenarnya saya lagi bijak dari dia.
“Atas bantuan kawan-kawan, dia kami temui di kawasan Chow Kit dan bila bawa balik ke rumah, penuh gigitan cinta di leher!
“Hati siapa tak sakit? Sudahlah ditinggalkan pintu rumah terbuka masih larikan diri tu, anak-anak perempuan saya sedang tidur di tingkat atas,” katanya.
Tambah Awie lagi, dia sedang mencari pembantu rumah warga tempatan yang sudi bekerja di rumahnya.
“Saya memang tengah cari pembantu rumah tetapi nak orang Melayu kita.
“Baiklah bantu orang kita cari rezeki. Saya harap ada yang sudi bekerja dengan saya.
“Saya dah tak larat nak bagi muka kepada ‘orang luar’...Selama ini pun kita layan dengan baik tetapi akhirnya dipijak-pijaknya pula kita.
“Itu tak masuk lagi dengan perangai keras kepala dan suka melawan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Rasa Sambal R-WE di Petaling Jaya pada petang Rabu.
Dalam perkembangan lain, Awie juga sedang mencari stokis untuk pasaran sambal R-WE.
“Kalau ada yang berminat boleah hubungi saya dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial kami.
“Sama-sama kita tambah pendapatan keluarga dengan mencari rezeki yang halal...Insya-Allah,” katanya
Must-Watch Video