Laman Utama

Ayash Affan Negatif Swab Test, Bayi Shuib Akan Pulang Ke Rumah Dalam Tempoh...

gempak
Maliah Surip
11/08/2021
15:47 MYT
Sponsor Banner
Ayash Affan Negatif Swab Test, Bayi Shuib Akan Pulang Ke Rumah Dalam Tempoh...
Hasrat Shuib untuk bertemu anak bongsunya, Ayash Affan yang kini berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) masih belum kesampaian.
Shuib yang merancang untuk menziarah anaknya yang berusia empat hari itu siang tadi terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas nasihat pakar dan doktor.
"Mengikut perancangan saya akan berjumpa dengannya tengahari tadi. Namun atas nasihat Pengarah HUKM yang sudah berbincang dengan pakar dan doktor, saya tidak diizinkan berbuat demikian atas faktor kesihatan.
"Ia terlalu high risk untuk keadaan sekarang (COVID 19). Jadi hasrat itu ditunda," kata Shuib kepada media sewaktu sesi bacaan tahlil dan yassin buat Siti Sarah secara maya sebentar tadi.
Bercerita mengenai perkembangan terkini anaknya yang dilahirkan tanpa sempat mengenal ibunya, Siti Sarah Raissuddin yang pulang ke Rahmatullah pada 9 0gos lalu, Shuib memberitahu doktor memaklumkan kesihatan Ayash positif.
Selain pertambahan berat badan, anak keempat itu juga negatif COVID 19 selepas dua kali menjalani swab test.
"Alhamdulillah, selepas dua kali swab test Ayash negatif COVID 19. Harap swab kali ketiga juga akan negatif," katanya.
Shuib juga memberitahu jika tiada sebarang komplikasi atau masalah, Ayash dijangka boleh pulang ke rumah dalam jangka masa satu bulan lagi.
"InsyaAllah mungkin selepas sebulan lebih nanti dia boleh balik rumah," katanya.
Terdahulu Siti Sarah telah ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan kerana jangkitan COVID 19.
Sarah melahirkan anak lelaki yang diberi nama olehnya sendiri sewaktu kandungan mencecah usia 8 bulan.
Pasangan ini sudah memiliki tiga cahayamata selepas 11 tahun menikah. Mereka adalah Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live