Laman Utama
Ayda Jebat Cemas Anak Demam Panas, Bergegas Bawa Ke Unit Kecemasan - “Suhu Badan Dah Cecah 40…”
Selebriti terkenal Ayda Jebat berkongsi detik cemas apabila puteri sulungnya iaitu Ana Nayla mengalami demam panas sehingga menyebabkan muntah tanpa henti.
Menurut Ayda, dia dan suaminya bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan di sebuah hosipital selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
“Nayla kena virus fever tiba-tiba saja. Masa itu balik dari shooting dalam pukul 4 dan nak tidurkan dia tapi rasa badan dia panas. Minta Nabil letakkan cool fever tapi esoknya pun badan panas.
“Dia tak lalu nak makan, dan muntah-muntah. Dah la tak makan lepas itu muntah pula. Panas badan dia tetap tak kebah, doktor yang merawat minta bawa terus ke unit kecemasan.
“Masa bawa ke unit kecemasan, mereka periksa suhu badan dan tanpa beritahu apa-apa terus pakaikan tag addmitted. Anak saya dimandikan terus sebab suhu badan dah cecah 40.
“Sebab itu kena tahan wad sebab suhu badan panas sangat. Saya rasa dia hampir nak kena sawan juga sebab mata dia mula pandang atas,” kata Ayda kepada Gempak.
Empat hari dirawat di hospital, Ayda berkata dia berasa sedih melihat keadaan anaknya yang menggigil ketika waktu malam.
“Ikutkan hari ini dah hari keempat di hospital. Kalau keadaan dia semakin baik, Insya-Allah hari ini atau esok, lusa dibenarkan pulang. Kelmarin jadi teruk, bila malam saja badan dia jadi panas.
“Waktu siang badan dia okay. Walaupun dia tidur pun, badan menggigil. Saya memang tak dapat tidur sebab nak jaga dia. Saya harap semua orang doakan anak saya cepat sembuh,” ujarnya.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ana Nayla yang kini berusia setahun lebih.
Must-Watch Video