Sebelum menjadikan cincin yang dibeli oleh suaminya, Nabil Mahir buat seseorang suatu ketika dahulu sebagai props bagi klip video Tak Bisa Lepas, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui meminta izin dan pandangan belahannya jiwanya terlebih dahulu.
Ayda menjelaskan yang dia tidak melihat penggunaan cincin berkenaan sebagai props sebagai isu yang perlu diperbesar dan dipanjangkan. Begitupun, penyanyi lagu Temberang itu memohon maaf sekiranya elemen berkenaan dirasakan tidak patut diketengahkan oleh sesetengah pihak.
"Sebelum jadikan props, saya ada tanya dengan Nabil mengenai cincin itu, sama ada dia setuju atau tidak kalau kita masukkannya dalam klip video. Nabil memang beri keizinan. Selain Nabil, saya juga ada tanya beberapa orang lain juga.
"Saya juga tak menafikan ada menerima mesej peribadi di media sosial yang berpendapat penggunaan cincin itu tidak patut kerana ia merupakan hal yang telah lepas.
"Namun, bagi pihak saya, memang tiada isu atau masalah dengan orang lain. Anggapnya sebagai sesuatu profesional dan kami memilih untuk tidak menyimpan cincin itu lagi,” katanya kepada Gempak.
Berkenaan kritikan yang diterima, Ayda berkata, dia tidak mahu memandang hal tersebut sebagai satu perkara negatif.
"Saya bersedia menerima (kritikan) terhadap apa yang telah saya lakukan. Seperti apa yang saya beritahu, memang terlebih dulu saya bertanya pada beberapa orang lain. Cuma kalau kita lihat di dalam muzik video berkenaan, saya mahu selitkan memori kami berdua.
"Tidak dinafikan ada masa saya juga rasa tertekan dengan gosip yang mendakwa saya putus cinta dan sebagainya. Begitu juga dengan Nabil. Jadi kami gabungkan elemen ini dalam muzik video ini supaya mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.
"Mana mungkin kita berjumpa terus gembira. Sudah tentulah dalam proses pertemuan itu akan ada hal yang tidak manis berlaku yang seterusnya mematangkan kita sekarang. Bergantung kepada cara tontonan masing-masing," katanya lagi.
Terdahulu, muzik video Tak Bila Lepas menjalani penggambaran di Langkawi beberapa bulan lalu dan diarahkan oleh Nabil sendiri.
Sehingga kini muzik video berkenaan sudah pun menerima tontonan melebihi 350,000 kali selepas lebih seminggu dimuat naik menerusi YouTube.
Izwan Isa
Wed Sep 14 2022


Lebih Sebulan Tutup Aurat, Fara Mendoza Kembali Seksi, Netizen: “Takpe Yang Penting Jiwa Tak Kacau”
Fara Mendoza kembali seksi

#GMWA23: Dr. Say, Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Projek: High Council & DAMELO Antara Yang Tersenarai Dalam Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023
Siapakah pilihan hati untuk edisi GMWA kali ini?
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 3]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 1]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 2]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023

Video Porno Pemain Bola Sepak Negara Korea Selatan Tersebar
Video tersebut didakwa dirakam secara curi

Nas Muammar Zar Jadi Keluang Man, Ini Fakta Animasi Adiwira Yang Mengangkat Martabat Pesakit Mental
Fakta menarik tentang Keluang Man

Peminat Tanya Kenapa Marketing Album Baharu Tak Jalan, Ini Jawapan Penuh Hemah Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza jawab pertanyaan peminat
.png?ext=.png)
Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?
Hmm betul ke ni?

Netizen Kritik Aksi Mosh, Sifatkan Tarian Sebagai ‘Bodoh’ - “Berhibur Style Apa Ni?”
Hmm menari lah macam mana pun, asalkan bahagia