,
Laman Utama

Ayda Jebat Selar Majikan Penting Diri, Bayar Gaji Tak Setimpal Kerja - “Come On, Orang Lain Pun Ada Komitmen”

Izwan Isa
10/07/2022
01:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menyelar tindakan majikan yang tidak menjaga kebajikan pekerja, apatah lagi mementingkan diri dan keuntungan tanpa mempedulikan orang bawahan.
Ayda berkata, majikan menindas pekerja merupakan satu hal yang salah dan tidak sepatutnya dinormalisasikan dalam kehidupan harian.
“Bos yang mengambil kesempatan terhadap staff memang tidak patut. Lebih-lebih bos yang suruh macam-macam tapi gaji macam tu je. Walaupun majikan itu rasa level kakitangan memang setakat itu, tetapi kerja yang diberi mestilah setimpal dengan gaji.
“Saya paling tak boleh kalau majikan yang bayar gaji kakitangan lewat, berkira dengan pekerja dan tiada elaun. Come on, orang lain pun ada komitmen. Yang kaya tetap kaya, yang susah ni, nak senang pun susah!” katanya kepada Gempak.
Ayda mengulas mengenai luahan perasaan yang dibuat di Instagram Story berkenaan berita seorang isteri dibunuh gara-gara suami tidak bekerja.
Pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu menambah, akibat daripada kelewatan gaji pekerja, pelbagai perkara boleh berlaku.
“Kalau boleh jangan lewat bayar gaji pekerja sebab merekalah yang naikkan syarikat. Mungkin mereka dah berjanji untuk bayar komitmen, dah terpaksa meminjam. Disebabkan itu orang akan stress, gaduh suami isteri dan macam-macam lagi boleh jadi. Benda ni boleh sama-sama kita elakkan.
Ayda yang popular dengan lagu Parah Parah itu menambah, dia menerima DM daripada rakan-rakannya yang meminta kerja, memandangkan masih ramai yang tidak bekerjaya di luar sana.
“Mereka yang DM terdiri daripada kawan-kawan dan juga kenalan pemegang ijazah dan ijazah sarjana muda. Mereka tanya, ada kerja kosong ke tak, dan nak kerja dengan saya. Kalaulah saya betul-betul kaya, saya akan tolong keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan.
“Bagi saya, kerajaan perlu adakan akta atau peraturan yang menjanjikan pemegang ijazah, ijazah sarjana muda pekerjaan selepas tamat belajar. Barulah mereka yang habis belajar terjamin dan yang baru nak belajar tak risau pada masa akan datang,” katanya.
Sebelum menutup bicara, Ayda sebab berpesan supaya sentiasa positif dan mendoakan mereka yang masih belum bekerja untuk mendapat kerja dalam masa terdekat.
“Saya doakan semua yang sedang struggle supaya memperoleh rezeki. Kita nampak sekitar kita sahaja tapi tak tahu yang lain macam mana. Semoga Allah permudahkan segalanya. Moga kuat semangat dan kalau stress jangan simpan sendiri.
“Cerita dengan sesiapa yang boleh dipercayai supaya tidak terbeban sendiri. Kawan-kawan di sekeliling, tengok-tengoklah kawan-kawan dan keluarga anda,” katanya menutup perbualan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Perlu Jujur Dengan Pasangan, Ayda Jebat Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia - “Memang Dari Awal Sebelum Kahwin, Saya Cakap Dekat Dia…”

gempak
04/11/2024
23:55 MYT
Menurut pelantun lagu Memerang itu, jika setiap pasangan tidak telus mengenai diri masing-masing, mungkin akan memberi satu tekanan lain kepada mereka.
Hiburan

Anak Ayda Jebat Nampak Makhluk Halus, Menjerit Sambil Tunjuk Siling Tandas - “Ini Bukan Kali Pertama…”

gempak
29/10/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang diganggu makhluk halus ketika sedang mandi di tandas rumah.
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

gempak
14/07/2024
16:10 MYT
Tahniah!
the-hardest-singing-show

THSS: Didakwa Tak Nasihat Isteri, Nabil Mahir Terima Teguran Netizen Dengan Terbuka

gempak
08/07/2024
13:55 MYT
Suami kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir tampil mengulas dakwaan netizen mengenaidirinya yang tidak menjalankan peranan sebagai suami dengan baik.
Unitar