,
Laman Utama

Ayu Raudhah Suka Anak Ramai, Meriah Katanya! Zaquan Adha; "Saya Pula Suka Nombor 8"

Amri Hassan
02/04/2022
12:50 MYT
Pelakon Ayu Raudhah selesa untuk meletakkan prioriti kepada keluarganya berbanding karier seni ketika ini.
Jelas Ayu, punyai keluarga yang semakin membesar ketika ini merupakan kebahagiaan yang tak terbandingkan.
"Semua kata nak anak satu pasukan bola. Sebenarya kami tak target pun, tujuh orang sepatutnya tapi satu dua gugur. Sekarang ada lima," katanya kepada Gempak.
Berseloroh menyahut kata-kata Ayu, balas suaminya yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha; "Tapi saya suka nombor lapan!"
Kongsi Ayu ketika ditanya soal punyai zuriat yang ramai, hal itu tidak pernah sama sekali dirunsingkan.
"Saya meletakkan keluarga prioriti dalam kehidupan, saya gembira dengan anak-anak yang ramai dan kami berdua pun dibesarkan dengan adik-beradik yang ramai. Tujuh orang.
"Rasa macam okey dan dah terbiasa," tambahnya yang baru dilantik sebagai duta dan rakan niaga butik ByLR baru-baru ini.
Bagi Zaquan pula, punyai anak yang ramai secara tidak langsung menyerikan mahligai yang dibina bersama sejak 11 tahun lalu.
"Saya dah biasa dengan adik beradik tujuh orang, ada abang ada kakak. Bila kita ada anak, lepas dapat anak pertama nak cari kawan untuk dia. Kemudian nak dapat anak perempuan.
"Dapat pula lepas tu dua anak lelaki. Mungkin nak dapat satu girl lagi. Untuk saya, saya nak anak-anak saya walaupun ramai tapi rapat antara satu sama lain.
"Biarlah bila tua nanti saya tinggal berdua dengan Ayu, tapi bila balik rumah saya nak meriah. Bila adik-beradik ramai ni keluarga meriah," katanya.
Malah, kedua-duanya saling berkompromi dalam soal menjaga dan mengasuh kelima-lima anak mereka bersama.
Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.
Ayu pernah keguguran pada Oktober 2011.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Sukan

Muak Jadi Pemain Profesional, Bekas Bintang Manchester United Tak Kisah Jadi Posmen - “Saya Boleh Ambil Anak-Anak Balik Sekolah Setiap Hari”

gempak
22/11/2024
06:33 MYT
Bekas pertahanan Manchester United, Marnick Vermijl mengakui dia sudah muak dengan bola sepak profesional.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar