Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B berkongsi mengenai azam tahun barunya yang bakal memfokuskan dua perkara.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14, tahun 2020 bakal menyaksikan dia untuk lebih fokus dalam bidang perniagaan.

"Saya nak jadi jutawan tahun depan jadi fokus saya kena lebih fokus dalam perniagaan.

"Acara Cik B Vaganza Food Fest 2019 yang saya buat baru-baru ini sudah mendapat sambutan yang amat tinggi. Jadi saya nak besarkan acara seperti ini, mungkin dua bulan sekali tahun depan," katanya.

Tambah Cik B, dia juga turut menyimpan hasrat untuk menurunkan sedikit berat badan.

"Saya bukanlah nak kurus terus tapi kurus sedikit je. Memang saya nak sangat buat untuk diri saya," katanya.

Cik B berkata demikian ketika ditemui di Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad lalu.

Menerusi konsert berkenaan ramai nama-nama besar diberi penghargaan termasuklah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Ramli MS, Dr Amalina Che Bakri, Mira Filzah, Ben Amir, Didi & Friends serta banyak lagi.

BACA: Outstanding! Tok Ram, Dr Amalina, Cik B, & Lagu Mengantuknya Mumia Antara Pemenang Anugerah Konsert Throwbaek 2019!