Khabar duka diterima penyanyi Faizal Tahir apabila kuda kesayangannya disahkan tidak lagi bernyawa.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Faizal menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Faizal, dia mengetahui tentang perkara itu sekitar waktu Subuh hari ini.

"Azan Subuh membawa berita yang tak diduga. You’re such a good girl. We will miss you. I will see you soon with your new wings. Insha’Allah. Allah knows best.

"Jazakallah khair kepada semua sahabat-sahabat yang membantu. Syurga untuk kalian. Amin," coretnya.

A post shared by FT (@faizal_tahir)


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, netizen juga meluahkan rasa sedih dan sebak melihat momen Faizal sewaktu mengusap leher kuda kesayangannya yang terbaring kaku.

“Sedihnya… Stay strong bapak @faizal_tahir Allah knows best,” tulis @nurrul_yani

“Tengok pun sedih sebab faham kita sayang haiwan tu macam mana... Keluar air mata… Salam takziah @faizal_tahir,” coret @reneemeowbaby

Terdahulu, Faizal telah membeli seekor kuda sekitar tahun lalu. Minat yang mendalam terhadap aktiviti berkuda mendorongnya untuk memelihara haiwan tersebut.

Selain itu, Faizal juga sangat menyayangi haiwan peliharaannya itu dan sering membawa anak-anaknya meluangkan masa bersama kudanya.