Laman Utama

Azfar Heri Dapat Satu Plastik Kacang MAS Sebab Berstatus Influencer? Zarul Umbrella Dedah Prosedur Sebenar - “Ikut SOP…”

gempak
Izwan Isa
07/09/2022
02:20 MYT
Sponsor Banner
Azfar Heri Dapat Satu Plastik Kacang MAS Sebab Berstatus Influencer? Zarul Umbrella Dedah Prosedur Sebenar - “Ikut SOP…”
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila pempengaruh atau influencer Azfar Heri memberitahu yang dia menerima satu plastik besar berisi pek-pek kacang berjenama Malaysia Airlines.
Mengikut kiraan jumlah pek yang terisi dalam beg plastik berkenaan, Azfar menerima sekitar 30 pek kekacang menerusi penerbangannya itu.
“Tadi dalam flight time on the way balik Malaysia, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut lah kita lalu tanya lah pramugari itu, rupanya dia kasi. Amik kau satu bag ye. Thank you pramugari MAS yang cantik, love you and kacang and air jus,” tulisnya di Twitter.
Perkongsian tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial memandangkan mengikut kebiasaan, penumpang penerbangan berkenaan hanya menerima satu paket kacang sebagai snek selain segelas minuman.
Dalam masa sama, ada juga yang mempersoalkan adakah status Azfar sebagai seorang influencer yang popular menyebabkan dia menerima keistimewaan tersebut berbanding penumpang biasa lain.
Sementara itu, penyanyi Zarul Umbrella yang juga bekas pramugara MAS turut mengulas mengenai isu berkenaan di platform TikTok.
@zarulumbrellaofficial
Ini pendapat saya melalui pengalaman
♬ original sound - zarulumbrellaofficial
“Baru-baru ini viral mengenai isu seorang influencer memuat naik sekeping gambar bersama sekampit kacang Malaysia Airlines yang famous tu. Isu ini pada pendapat saya adalah sesuatu yang mengecewakanlah.
“Sebenarnya kacang itu ikut sop hanya bagi sorang satu passenger untuk setiap penerbangan. On request boleh bagi dua atau tiga mungkin paling banyak lima atau enamlah. Kalau ada lebih bolehlah kita bagi satu pek kecil ada 10, kalau ada ekstra.
“Kalau takda ekstra, kita cakap maaf kita tak boleh bagi. Sekurang-kurangnya, seorang satu kena dapat,” kata Zarul.
Zarul menambah, mungkin pramugari itu telah menasihati influencer berkenaan untuk tidak berkongsi mengenai pemberian kacang sebanyak itu.
“Bila ada ekstra macam ni, mungkin crew berbaik hati nak bagi kepada influencer. Mungkin pramugari tu dah nasihatkan supaya jangan kecoh-kecoh sebab benda ni bukan prosedur untuk bagi banyak-banyak macam tu.
“Mungkin influencer ni tak tahu, dia pun kongsilah. Best dapat kacang famous. Cuma di pihak pramugara tu silaplah. Sepatutnya kamu tak beri sebanyak itu kepada penumpang. Kalau nak bagi, diam-diamlah,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024