Penyanyi veteran Shidee tidak berkecil hati apabila tersingkir pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad.

BACA: GV8: Impian Ke Final Lebur, Shidee & Ani Maiyuni Tersingkir Minggu Separuh Akhir, Aweera Pula...

Kata Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, dia menghormati keputusan juri dan mengakui kesilapan sendiri ketika menyayikan lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Kerna Dia (Yassin Sulaiman).

"Bab lirik lagu, memang saya ini agak susah cepat tangkap. Saya akui itu kelemahan diri. Tak mudah untuk kita menjiwai sesebuah lagu itu dengan baik sewaktu bertanding kerana umum tahu, masa untuk membuat persediaan latihan agak singkat.

"Kalau ditanya sama ada saya berharap atau tidak ke pentas akhir, tentulah ada. Tetapi dalam masa yang sama mengaku kelemahan diri bab mengingati lirik, timbul juga rasa keraguan.

"Saya tak akan pertikaikan keputusan juri kerana bagi saya, mereka sangat adil," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, tambah penyanyi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu, kegagalan di GV8 bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya seni selain merancang untuk menghasilkan sebuah single sebagai hadiah untuk menghargai peminat.

"Orang pun dah semakin ramai yang mengenali saya semula, jadi saya fikir akan hasilkan sebuah single baru kelak. Selain itu, macam biasa, sesiapa yang mahu berjumpa atau rindu nak dengar saya menyanyi, boleh datang ke Restoran D’Empangan Udang Galah Putrajaya.

"Di situ, saya terlibat mengadakan persembahan tiga kali seminggu untuk pengunjung yang datang," katanya.

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.