Hiburan
“Babah Bangga Rasa Nak Menangis...” - Farid Kamil Kagum Anak Ikut Jejak Langkah Main Motor
Pelakon, Datuk Farid Kamil akui bangga melihat pencapaian anak sulungnya, Muhammad yang mengikut jejak langkahnya dalam sukan permotoran.
Farid menerusi entri di akaun Instagramnya berkongsi video pendek merakamkan gelagat Muhammad yang semakin mahir menunggang motosikal mini tanpa perlu dibantu.
“Babah bangga rasa nak menangis pun ada juga, abang Chemad you are my Rokkie buddy,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyatakan rasa kagum dengan keberanian dan kebolehan Muhammad yang belajar dengan pantas untuk menunggang motosikal mini berkenaan.
Terdahulu, Farid Kamil merupakan antara selebriti yang gemar menyertai aktiviti sukan lasak untuk mengisi masa lapang.
Farid dan Diana Danielle berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Foto: Instagram @faridkamilz
Must-Watch Video