Laman Utama

Babybump Aurel Makin Besar, Krisdayanti Bakal Nak Jadi Nenek - “Sihat-Sihat Ya Nak, Insya-Allah Bulan Ini Kita Bertemu…”

Izwan Isa
03/02/2022
07:50 MYT
Semalam, anak kepada penyanyi Krisdayanti, Aurel Hermansyah mengadakan majlis baby shower bersempena dengan kehamilan sulungnya.
Ramai kelibat artis-artis popular yang hadir ke majlis berkenaan seperti Lesti Kejora, Ashanty, Krisdayanti dan Nagita Slavina.
Meninjau perkongsian-perkongsian yang dibuat oleh Aurel dan juga rakan-rakan artis, kelihatan suasana majlis baby showernya cukup meriah.
Memilih tema pastel pink, Aurel sendiri mengenakan busana berwarna putih yang dipadankan dengan hijab berwarna merah jambu.
Warna tema berkenaan dipilih memandangkan zuriat dalam kandungan Aurel adalah anak perempuan.
Sewaktu majlis berlangsung, Aurel sempat menyampaikan ucapan terima kasih kepada Krisdayanti yang telah melahirkannya.
Aurel turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibu tirinya, Ashanty yang selama ini turut sama-sama membesarkannya.
“Ibu hamilnya gembira, alhamdulillah. Semua tetamu yang datang juga ibu-ibu muda dan cantik-cantik.
“Sihat semua ya. Sudah mula terasa tidak lama lagi jadi nenek. Masya-Allah,” tulis Krisdayanti di Instagramnya.
Menerusi foto maternity yang dimuat naik, Aurel berkata: “Selamat datang Februari. Bulan ini menjadi bulan terindah dalam hidup kami. Tak sabar bergambar bertiga dengan lil angel saya.
“Sihat-sihat ya nak. Insya-Allah bulan ini kita bertemu. Semoga mama dan babu sihat sampai waktunya nanti,” tulisnya.
Aurel mendirikan rumah tangga dengan Youtuber popular, Atta Halilintar pada 3 April tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji

gempak
25/06/2024
01:55 MYT
Pasangan selebriti Indonesia Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah diketahui selamat menunaikan ibadat haji bersama lebih 1 juta umat Islam di seluruh dunia, baru-baru ini.
Hiburan

Netizen Marah Anak Lelaki Krisdayanti Pilih Ibu Tiri, Sifatkan Orang Paling Berharga

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Anak lelaki hasil perkahwinan Krisdayanti dengan Anang Hermansyah, Azriel menerima kritikan daripada netizen selepas membuat pengakuan dirinya lebih memilih ibu tiri iaitu Ashanty berbanding ibu kandungnya.
Hiburan

Atta Halilintar Sentiasa Beringat, Enggan Biar Diri Hanyut Dengan Populariti

gempak
24/05/2024
13:55 MYT
Mula mencipta nama menerusi kerjaya sebagai personaliti media sosial Indonesia, Atta Halilintar berharap sentiasa diberi peringatan andai terlalu mendongak tinggi ke langit.
Hiburan

Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

gempak
03/05/2024
07:55 MYT
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
Hiburan

Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”

gempak
30/04/2024
06:55 MYT
Suka tengok Ameena & Azura.