,
Laman Utama

Bagaikan Angin Syurgawi! Bawa Lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza? Ramai Tak Sabar Suki Low Perform Badarsila!

Hanafis Haris
05/12/2021
00:55 MYT

Membawakan lagu penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, rata-rata peminat teruja menantikan persembahan bintang Gegar Vaganza lapan (GV8), Suki Low.

Menerusi konsert minggu ketiga yang bakal berlangsung malam ini, Suki akan membawakan lagu irama tradisional milik Siti Nurhaliza iaitu Badarsila.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, kebanyakan peminat tidak henti memberi sokongan sepenuhnya kepada Suki untuk melakukan persembahan terbaik.

Malah, ramai yang juga berharap Suki akan membawakan lagu irama tradisional itu dengan cemerlang.

“Harapnya Suki Low buat arrangement baru Badarsila masa perform #Gegarvaganza8 next week ya. Siti pernah buat versi baru masa konsert RAH London dulu. Love sangat ada vibes sexy and fresh sangat arrangement masa tu”.

“Suki low pernah cover Kasihku Selamanya by Siti Nurhaliza. So confirm kita akan dengar rendisi Suki”.

“Still looking forward Suki Low!! Bawa lagu Tokti next week, makanan dia je tu,” tulis beberapa peminat.

Sekadar info, Badarsila merupakan single kedua dari album Siti Nurhaliza, Sanggar Mustika.

Lagu ini digubah oleh Suflan Faidzal dan Lokgha sebagai penulis liriknya.

Sekadar info, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video