Laman Utama

“Bahagia, Rasa Tenang” - Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin

gempak
Mya Amri
24/09/2023
08:21 MYT
Sponsor Banner
“Bahagia, Rasa Tenang” - Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
Berita itu didedahkan Afdlin menerusi satu temu bual dalam sebuah program hari ini.
Menurut Afdlin, dia lebih selesa untuk tidak terlalu memfokuskan hal peribadinya.
“Alhamdulillah saya sudah pun berumah tangga dan dalam keadaan yang bahagia. Saya rasa tenang.
“Anak beranak saya, bekas isteri saling kenal mengenali dan merestui. Kami pun dalam keadaan yang sangat gembira.
“Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan. Itu yang saya mahukan pun, benda ini benda sangat personal bagi saya.
“Masa saya dengan bekas isteri pun anda semua jarang dapat bertemu dengan dia.
“Sebab memang cara saya adalah yang personal kita biarkan personal. Yang penting bagi saya adalah kerja.
“Saya tidak mahu perkara itu menjadi fokus sebab saya orangnya memang begitu. Perkara peribadi biarlah saya yang hadapi dan galas,” jelasnya.
Dalam pada itu, tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan, Afdlin berkata setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan kehidupan peribadi mereka.
“Kita semua berbeza-beza dan ada cara untuk kita tangani dugaan serta cabaran hidup. Alhamdulillah saya punya dah selesai.
“Saya tengok orang lain punya perkahwinan atau penceraian semua tersebar luas. Biarlah itu cara mereka,” katanya.
Terdahulu, Afdlin dan bekas isterinya iaitu Maria Christina Orow Abdullah bercerai pada April tahun lalu.
Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live