Hollywood

Bahagia Sungguh! Lihat Transformasi Tubuh Nick Jonas Sebelum & Selepas Berkahwin

gempak
Amri Hassan
21/07/2019
20:54 MYT
Sponsor Banner
Bahagia Sungguh! Lihat Transformasi Tubuh Nick Jonas Sebelum & Selepas Berkahwin
Pasangan selebriti antarabangsa popular Priyanka Chopra dan Nick Jonas baru-baru ini meluangkan masa bersama keluarga dan kenalan rapat di sebuah kapal layar di Miami, Amerika Syarikat.
Percutian mewah itu sempena meraikan ulang tahun Priyanka ke-37 pada 18 Julai lalu.
Pada sambutan itu, Priyanka turut dilihat menunggang jet ski di pesisir pantai popular itu.
Bagaimanapun, lebih mencuri tumpuan apabila sosok tubuh Nick yang lebih berisi berbanding ketika masih bujang.
Jika diimbas semula, anggota kumpulan The Jonas Brothers itu sering mencuri hati wanita dengan sosok badan yang sasa dan berotot.
Namun, lain pula selepas pasangan itu mendirikan rumah tangga tahun lalu.
Ramai dalam kalangan netizen mula berseloroh dengan bentuk badan Nick terkini dengan pelbagai panggilan termasuk 'daddy'.
Tak cukup dengan itu, ada yang menyifatkan Nick kini terlalu bahagia di samping isterinya yang tercinta hingga lupa menjaga penampilan diri. Priyanka dan Nick telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 selepas beberapa bulan berpacaran.
Sumber: BuzzFeed, People Foto: Carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live