Laman Utama
Baju Sold Out Dalam Sebulan, Pemilik Jenama Fesyen FarahAlya Dapat Pula Hadiah Kereta Mewah!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu? Demikian situasi yang berlaku kepada pemilik jenama fesyen FarahAlya, Datin Ezan yang mendapat durian runtuh sempena Ramadan kali ini.
Rezeki berpihak pada beliau apabila rangkaian pakaian yang baru sahaja dilancarkan pada April lalu habis dibeli dalam tempoh sebulan sahaja.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FarahAlya.
Advertisement
"Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua design habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes.
"Dulu saya agak skeptikal adakah jenama baru seperti FaraAlya mampu diterima baik atau sebaliknya.
"Saya pula pada waktu itu memberanikan diri menghasilkan beribu helai baju terus kerana yakin rekaan ini disukai oleh generasi muda.
"Akhirnya ‘perjudian’ saya berbaloi apabila ramai yang suka dan membelinya. Kemungkinan besar pada masa akan datang saya mahu menghasilkan lebih banyak rekaan baharu, moden dan mengikut trend terkini," katanya yang turut mendapat tempahan dari luar negara.
Dalam pada itu, Datin Ezan juga sedar keadaan semasa disebabkan pandemik Covid19 membuatkan ramai terkesan.
Kuasa beli pengguna juga semakin kurang namun sokongan yang ditunjukkan melalui penjualan jenama ini sangat luar biasa.
"Sejak awal lagi saya tegaskan mahu rekaan yang moden, sesuai dengan golongan remaja dan berkualiti. Apa yang penting harga mampu milik dan tidak terlalu mahal.
"Dengan adanya formula sebegini, ia mampu menarik minat sesiapa sahaja," katanya yang menggunakan nama anak sulungnya sebagai jenama sendiri.
Bukan sahaja jualannya laris dalam tempoh sebulan malah, beliau juga menerima hadiah sebuah kereta mewah daripada suaminya baru-baru ini.
"Dalam berumah tangga ni memang perlu saling sokong menyokong. Bila ada sokongan suami, ia memberikan semangat berganda buat saya untuk berjaya.
"Ditambah pula dengan rakan-rakan lain yang selalu ada, mereka juga memberikan inspirasi," tambahnya yang menganggap hadiah kereta mewah itu menjadi pembakar semangat untuk bekerja keras dalam bidang fesyen.
Must-Watch Video