Skip to main content

Selebriti

Aku Rela M*ti! Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Rompakan, Siap Sorok Kunci Kereta Dalam Seluar Dalam - “Dia Sepak Terajang, Acu Pist*l...”

Aku Rela M*ti! Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Rompakan, Siap Sorok Kunci Kereta Dalam Seluar Dalam - “Dia Sepak Terajang, Acu Pist*l...”

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pengalaman cemas pernah menjadi mangsa rompakan ketika bekerja di pejabat ibunya pada usia 18 tahun.
  • Perompak membawa senjata dan memaksa Aliff menyerahkan kunci kereta baru jenama Harrier yang disorok dalam seluar dalamnya.
  • Walaupun perompak berjaya mengambil kunci, kereta tersebut mati di tengah jalan akibat alarm dan akhirnya Aliff dapat kembali keretanya.
Advertisement

Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pengalaman cemas apabila pernah menjadi mangsa rompakan ketika bekerja di syarikat ibunya pada usia 18 tahun.

Menerusi temubual podcast sembang seram yang dikendalikan oleh hos Safwan Nazri, Aliff berkata kejadian tersebut bermula ketika seorang individu mengekorinya masuk ke ruangan pejabat sebelum bertindak mengeluarkan senjata.

Advertisement

Takut dengan kejadian tersebut, Aliff cuba menyorok dalam kalangan pekerja dan menyorokkan kunci kereta baru jenama Harrier di dalam seluar dalam.

“Saya dah pernah kena tiga kali rompak. Ketika itu, saya sedang bekerja dekat pejabat ibu. Ibu saya baru beri kereta Harrier.

“Semuanya bermula apabila ada seorang individu ini ikut masuk saya ke pejabat. Saya ingatkan dia staf baru yang tak bawa kad, jadi saya biarkan dia ikut saya. Tiba-tiba bila dia masuk sahaja, dia suruh semua orang baring dan keluarkan pistol. Rupanya dia memang dah aim saya. Dia nampak saya baru keluar kereta baru.

Advertisement

“Saya cuba menyorok dalam kalangan staf. Saya ingat dia tak kenal saya. Disebabkan saya dah biasa tengok drama rompakan, saya letak kunci kereta dalam seluar dalam saya sebab biasanya mereka tidak akan periksa dalam itu. Saya memang tak mahu kasi sebab kereta baru. Aku rela mati daripada serahkan kereta itu,”katanya.

Lebih menakutkan, perompak tersebut kemudian membawa rakan-rakannya memasuki premis tersebut dan mula mencari pemilik kereta Harrier sambil membawa senjata berbahaya.

“Semua barang kemas perempuan kena tarik. Mula sorang sahaja, kemudian dia panggil geng dia bawa parang dan pistol. Dia tanya siapa kereta Harrier. Saya takut dah ketika itu. Kereta pula baru sehari. Saya ingat saya bermimpi,”ujarnya.

Bagaimanapun, perompak tersebut masih dapat mengesan pemilik tersebut (Aliff) dan mula memaksa Aliff untuk menyerahkan kunci kereta berkenaan.

Selepas pergelutan berlaku antara mereka, akhirnya perompak tersebut berjaya mengambil kunci berkenaan dan bergegas pergi sebelum kereta tersebut mati di tengah jalan akibat alarm kereta.

“Kemudian dia tanya dan gertak saya. Dia heret rambut saya dan tarik baju saya. Dia lempang saya sampai berdesing telinga. Saya sampai kena sepak terajang dan acu pistol. Aku sempat terkencing kat kunci itu sebab takut. Ada orang suruh saya bagi. Saya punyalah cuba nak sorok.

“Dia cuba goyangkan seluar saya dan keluarkan kunci dari seluar dalam saya. Saya sampai terbaring. Kemudian, selesai sahaja rompakan, dia cabut CCTV dan minta akaun peti besi. Mereka keluar lari dan cuba bawa kereta pergi tetapi berhenti tengah jalan sebab alarm kereta berbunyi. Alhamdulillah, saya dapt kereta saya balik,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement