Laman Utama

Bakal Bersalin Anak Kedua Bulan Depan, Izara Aishah Kongsi Foto Baby Bump!

gempak
Syafiqah Jalal
07/09/2023
01:42 MYT
Sponsor Banner
Bakal Bersalin Anak Kedua Bulan Depan, Izara Aishah Kongsi Foto Baby Bump!
Dalam diam, pelakon Izara Aishah kini sedang sarat hamil dan memberitahu dia bakal melahirkan anak keduanya pada bulan hadapan.
Berita gembira itu dikongsi menantu penyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza dalam satu hantaran di akaun Instagram milinya.
“Di sini saya umumkan, tarikh bersalin pada bulan hadapan,” katanya.
Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin memuat naik fotonya memakai dres dan kemeja oversized sebagai outer jelas memperlihatkan baby bump.
Foto itu diambil ketika dia bersama suami, Adib Khalid, menghadiri majlis anjuran Rolls Royce Spectre Malaysia.
Pun begitu, ruangan komen kemas kini berkenaan ditutup dan hanya menerima tanda suka atau likes lebih 67,000.
Terdahulu, warganet menerusi penstriman langsung di TikTok berteka-teki tentang kehamilannya
Izara dan Adib mendirikan rumapada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 itu kini memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live