Laman Utama
Bakal Buat ‘Comeback’, Peminat Setia GV Ini Dah Siapkan Baju Untuk Minggu Pertama GV10!
Peminat tegar program Gegar Vaganza, Ann menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang bakal bersiaran pada 24 September ini.
Ann yang sebelum ini hadir menonton Gegar Vaganza 9 secara langsung setiap minggu berkata, dia berasa teruja untuk menyaksikan Gegar Vaganza (GV) musim ini kerana mahu melihat pertempuran juara-juara GV yang pernah menempa nama sebagai johan pertandingan berkenaan.
“Saya aware tentang All Stars Gegar Vaganza. Saya memang tak sabar nak tengok. Maklumlah, juara bertemu juara kan.
“Bagi saya, format istimewa ini sangat istimewa sebab kita akan dapat saksikan juara berentap sesama mereka. Dan tentulah, sokongan saya masih pada Jaclyn Victor,” katanya kepada Gempak.
Ann menambah, dia juga sudah menyediakan persalinan untuk dipakai ketika menghadiri konsert pertama GV10 nanti.
“Saya sudah sediakan baju untuk saya pakai pada minggu pertama GV10 nanti. Kemudian, saya akan pergi dengan rakan-rakan.
“Untuk calon hotseats pula, saya memilih Amelina dan juga Liza Hanim. Kemudian, selain Jac, saya juga turut tak sabar nak lihat persembahan daripada Azharina, Aishah dan juga Siti Nordiana,” katanya lagi.
Selain Jaclyn Victor yang mewakili GV9, All Stars Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7) dan Aliff Aziz (GV8).
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Must-Watch Video