Laman Utama

Bakal Kembali Ke LA Siapkan Album Terbaru, Yuna Akan Ulang-Alik Ke Malaysia Demi Keluarga

gempak
Fiza Kamarudin
16/08/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
Bakal Kembali Ke LA Siapkan Album Terbaru, Yuna Akan Ulang-Alik Ke Malaysia Demi Keluarga
Bakal kembali ke Los Angeles untuk meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaharunya, penyanyi dan komposer antarabangsa Yunalis Zarai mengakui akan berlulang-alik ke Malaysia demi keluarganya.
Yuna berkata, buah tangan terbaharunya itu akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
“Saya akan kembali ke LA dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya.
“Insya-Allah ianya akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Dan saya akan memastikan untuk berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya.
Ditanya mengenai perkembangan terkininya, Yuna telah dilantik sebagai wajah rasmi myIOU sebuah syarikat fintech dan kewangan digital.
Kerjasama Yuna dan myIOU adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan peluang kemudahan BNPL (Beli Sekarang Bayar Kemudian) sebagai satu kaedah pembayaran pembelian alaf baru.
“Bagi saya, kerjasama dengan myIOU ini tiba pada masa yang tepat kerana saya memang sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan mereka.
“Dengan adanya perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later/ BNPL) yang ditawarkan oleh pihak myIOU, ianya akan pasti dapat membantu bukan sahaja para peniaga malah para pelanggan juga.
“Saya bersama-sama pihak myIOU berharap dapat menarik seberapa ramai orang di luar sana untuk mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later/BNPL ) oleh pihak myIOU”, kata Yuna.
Sementara itu wakil dari pihak IOUpay, Christopher Kok, berkata Yuna dipilih kerana mereka yakin dengan kredibiliti dimiliki penyanyi Terukir di Bintang itu.
“Yuna dipilih bukan hanya kerana beliau adalah seorang ikon orang ramai, tetapi kemampuan beliau mengeratkan jurang pelanggan dengan perniagaan-perniagaan tempatan demi membantu mereka mengembangkan lagi sayap perniagaan dikala musim pandemik ini.
“Sebagai pemain peranan utama industri BNPL di Malaysia, kami selalu mencari pihak-pihak yang mempunyai misi dan visi seperti kami.
“Gabungan Yuna dan myIOU sangatlah sesuai kerana nilai-nilai yang dibawa kedua-dua pihak adalah amat selari dengan matlamat kami untuk menjadi pemain utama dalam industri transaksi kewangan digital di rantau Asia Tenggara,” katanya.
Melalui kerjasama ini, Yuna akan mewakili myIOU dalam kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti promosi secara atas dan bawah talian melalui pelbagai jenis media.
myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later) sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live