Skip to main content

Hiburan

Jiggy Masin & Dhabitah Sabri Timang Cahaya Mata Sulung - “Alhamdulillah Officially Papa Ji & Mama Bi”

Jiggy Masin & Dhabitah Sabri Timang Cahaya Mata Sulung - “Alhamdulillah Officially Papa Ji & Mama Bi”

Sekilas

  • Pelawak Jiggy Masin dan penerjun negara Dhabitah Sabri selamat menimang cahaya mata pertama selepas tiga tahun berkahwin.
  • Jiggy berkongsi berita gembira itu di Instagram Story dengan ucapan terima kasih dan doa untuk anak mereka.
  • Mereka kini rasmi bergelar Papa Ji dan Mama Bi, selepas mendirikan rumah tangga pada 28 April 2023.
Advertisement

Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelawak Jiggy Masin dan isteri yang juga penerjun negara, Dhabitah Sabri selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri menerusi Instagram Story (IGs).

Advertisement

Menerusi perkongsian dibuat, Jiggy yang memuat naik sebahagian gambar memaparkan kelahiran baharunya itu menzahirkan ucapan penghargaan buat Dhabitah yang sudah berkorban melahirkan cahaya mata mereka.

“Alhamdulillah syukur Ya Allah untuk rezeki ini. Terima kasih sayang. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya dan Dhabitah banyak diam sebab banyak warna kehidupan yang Allah hadiahkan kepada kami.

“Ada sedih, ada gembira, ada kehilangan. Syukur Ya Allah untuk insan ini, semoga dia
Bawa banyak pengajaran, banyak pengalaman dan warna dalam hidup kami,” kongsinya.

Advertisement

Dalam masa yang sama, Jiggy turut menitipkan doa agar anaknya itu membesar dan menjadi insan yang baik.

“Untuk anak papa mama semoga membesar untuk jadi orang baik untuk agama.

“Secara rasminya kami menjadi Papa Ji dan Mama Bi,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Jiggy dan Dhabitah mendirikan rumah tangga pada 28 April 2023.

Sumber: Instagram Stories Jiggy Masin

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement