Skip to main content

Hiburan

Luluh Hati Wawa Zainal Tengok Rakaman CCTV Anak Dibuli Di Sekolah - “Maafkan Mama Kerana…”

Luluh Hati Wawa Zainal Tengok Rakaman CCTV Anak Dibuli Di Sekolah - “Maafkan Mama Kerana…”

Sekilas

  • Wawa Zainal berkongsi rasa sedih selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan anaknya menjadi mangsa buli di sekolah.
  • Wawa menghargai tindakan pantas pihak sekolah dan guru yang serius menangani isu buli tersebut.
  • Beliau menyeru ibu bapa dan sekolah bekerjasama untuk membendung budaya buli dan memastikan persekitaran selamat untuk anak-anak.
Advertisement

Pelakon, Wawa Zainal meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian buli melibatkan anaknya di sekolah.

Sebagai seorang ibu, Wawa mengakui hatinya luluh apabila melihat sendiri apa yang terpaksa dilalui oleh anaknya sepanjang berada di sekolah.

Advertisement

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di Threads, Wawa merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan dan guru sekolah yang bertindak pantas serta mengambil serius insiden berkenaan.

“Thank you to the management and teachers for taking swift action and treating the bullying issue involving our child seriously. Bila tengok semula rakaman CCTV, sebagai seorang ibu, luluh hati melihat apa yang anak sendiri lalui di sekolah.

“To Attar anak mama, Mama is sorry! Maafkan mama kerana sebelum ini tidak mengambil tindakan selanjutnya setiap kali abang bercerita tangan selalu dipulas dan ditumbuk manja oleh kawan. Konon nak jadikan abang kuat untuk menghadapi kerasnya dunia!” tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Wawa turut menjadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran buat dirinya dan ibu bapa lain agar lebih peka terhadap setiap aduan serta perubahan tingkah laku anak-anak.

“Apa yang dianggap gurauan oleh seseorang kadang-kadang sebenarnya dah melebihi batas!

“Semoga ibu bapa dan pihak sekolah terus berganding bahu dalam membendung budaya buli serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak kita,” ujarnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Wawa Zainal:

Terdahulu, Wawa Zainal berkongsi satu pengalaman melibatkan anaknya yang didakwa pernah berdepan mangsa perbuatan kasar rakan sekelas di sekolah.

Dakwa Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, anaknya pernah mengadu pernah ditumbuk serta dipulas di bahagian tangan oleh rakan di sekolahnya.

Wawa memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel.

Namun, Aeril pada ketika itu hanya beranggapan perbuatan tersebut mungkin merupakan gurauan sesama rakan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement