Sekilas
- Amira Othman berkongsi kata-kata penuh kasih buat anaknya, Muhammad Jarir Umar, di Threads sebagai tanda doa dan restu sentiasa menyertai langkahnya.
- Amira menegaskan walaupun cabaran datang, dia akan terus memberi sokongan dan kasih sayang tanpa henti kepada anaknya.
- Amira dan suaminya, pelakon Fattah Amin, berkahwin pada 14 September 2025 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Jarir Umar.
Pelakon, Amira Othman menitipkan kata-kata istimewa buat keluarganya terutama anaknya, Muhammad Jarir Umar.
Menerusi perkongsian di Threads, Amira berkata walau apa jua cabaran yang bakal dilalui anaknya nanti, doa dan restunya akan sentiasa mengiringi setiap langkah si kecil itu.
“Andai nanti perjalanan tak semudah itu, tetap yakinlah duhai kasih akan janji-Nya, redhaku, doaku, kan terus mengiringi dan memayungimu.
“Datanglah apa jua, tetap yakin, akan reda, akan kasih. Ibu,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Amira turut berkongsi beberapa foto bersama anak dan suaminya.
Sekadar info, Amira mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fattah Amin pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Jarir Umar.