Laman Utama

Bakal Timang Anak Keempat Pada Usia 42 Tahun, Azrinaz Mazhar Hakim: "Kenapa Perlu Tunggu..."

gempak
Maliah Surip
01/02/2021
14:54 MYT
Sponsor Banner
Bakal Timang Anak Keempat Pada Usia 42 Tahun, Azrinaz Mazhar Hakim: "Kenapa Perlu Tunggu..."
"Ini bukan throwback. Apa yang anda lihat sedang berlaku sekarang. Merah jambu atau biru apapun, ini adalah anak nombor empat saya!," begitu tulis bekas personaliti televisyen Azrinaz Mazhar Hakim yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu saat mengumumkan kehamilan keempatnya, semalam.
Azrinaz berkongsi berita gembira dirinya berbadan dua bersama beberapa foto beliau memakai gaun labuh berwarna putih dengan wajah keibuan yang cukup manis.
Dalam kemas kini tersebut, wanita berusia 42 tahun itu mengumumkan kandungannya telah memasuki usia tujuh bulan atau lebih tepat 30 minggu.
"Saya sekarang hamil tujuh bulan atau 30 minggu. Alhamdulillah syukur. Allah memberi kesempatan buat saya dan suami memiliki seorang lagi zuriat pada usia begini," luah Azrinaz.
Isteri Fairos Khan Abdul Hamid ini juga dilihat menulis tidak menyangka hamil dengan jarak yang dekat selepas melahirkan anak sulung mereka, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.
"Saya tak sangka akan hamil dalam jarak yang dekat selepas #AreesyaMalaykha. Tapi kenapa perlu menunggu jika boleh lakukan sekarang?", tulisnya berseloroh.
Azrinaz yang bernikah dengan Fairos pada 1 Mei 2018 juga meminta doa daripada semua agar mendoakan keselamatan dan kelancaran sehingga beliau selamat bersalin kelak.
Untuk rekod, Azrinaz sebelum ini pernah bernikah dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13 tahun.
Instagram: @azrinazmazharhakim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024