Sempena ulang tahun jubli perak band popular Indonesia, Padi Reborn, mereka bakal merayakannya bersama Sobatpadi (peminat Padi) dan penggemar muzik pada 3 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert 25 Tahun Padi Reborn dibawakan sekali lagi oleh Qew Communications Sdn Bhd (Qew Comm), penganjur sama yang membawa mereka bertandang dan menyapa Sobatpadi beberapa tahun lalu.

“Ini adalah sebuah kesempatan yang mengujakan buat seluruh anggota Padi Reborn kerana akan merayakan perjalanan dan ulang tahun jubli perak kami yang ke-25 di Malaysia.

“Terima kasih kerana masih mahu berjalan harmoni dengan Padi Reborn lagi,” ujar pengasas serta pemain gitar Padi Reborn, Piyu.

Selain Piyu yang turut menghasilkan sebahagian besar lagu kumpulan itu, Padi Reborn turut dibarisi vokalis, Fadly, Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram).

Sebelum menggunakan nama Padi Reborn, lima karyawan seni ini memulakan langkah awal dalam dunia hiburan dengan nama Padi pada sekitar tahun 1997.

Album Lain Dunia yang dipasarkan setahun kemudian meledak, mengutip lebih 800 ribu unit jualan dan menyemarakkan nama Padi sebagai antara kumpulan terbaik di Indonesia.

Dua tahun setelah kelahiran album Lain Dunia, mereka kembali dengan Sesuatu yang Tertunda pada tahun 2001 dan terjual sebanyal 1.6 juta unit jualan dan meraih 10 kali platinum pada 2002.

Pada 2003, Padi melancarkan album Save My Soul dan dilanjutkan album Padi - self titled tahun 2005 dan Tak Hanya Diam tahun 2007.

Pasca hiatus tujuh tahun lamanya dari industri hiburan, grup musik Padi kembali dengan semangat baru bertransformasi menjadi Padi Reborn. Setelah ‘comeback’ dari tidur yang panjang dan bersatu kembali di tahun 2017, Padi Reborn menelurkan album Indera Keenam (2019) serta karya dan terobosan yang belum pernah dilakukan sebelumnya.

Mulai dari melancarkan single, album terbaru, video klip dan kolaborasi filem pendek, menjadi hos untuk program televisyen swasta hinggalah menciptakan lagu pendek bersama Satgas Penanganan Covid-19.

Dengan pelbagai anugerah yang telah dimenangi, perjalanan panjang 25 tahun yang direntasi, Konsert 25 Tahun Padi adalah sesuatu yang tidak wajar ditunda atau ditinggalkan.

Selamat berhibur Sobatpadi pada 3 Disember 2022 di Zepp KL. Nantikan maklumat selanjutkan dari Qew Comm kelak.

Tiket-tiket dengan harga RM199 (CAT 1), RM169 (CAT 2), RM339 (CAT 3), RM269 (CAT 4) dan RM6,000 (VIP) akan mulai dijual mulai jam 11 pagi, 28 September 2021 di https://www.ticket2u.com.my .