Pelakon Azhar Sulaiman meluahkan rasa bangga apabila potret wajahnya telah digantung pada dinding univeristi tempat pengajiannya yang terdahulu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Azhar di Instagram, dia yang merupakan alumni di sebuah unversiti awam itu berasa amat dihargai dan berterima kasih kepada pihak pengurusan universiti berkenaan.

“Muka budak-budak (selebriti) bekas pelajar Institusi Teknologi Mara Shah Alam (UiTM Shah Alam).

“Terima kasih kepada pihak pengurusan diatas pengiktirafan ini, saya amat meghargainya,” tulisnya pada kapsyen.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Sementara itu, pada perkongsian yang sama turut dilihat potret wajah selebriti lain seperti Datuk Syafinaz Selamat, Awal Ashari, Doktor Ahmad Idham dan beberapa lain lagi.

Sekadar info, Azhar merupakan pemegang Diploma Senibina di UiTM Manjung, Perak dan tamat pengajian sekitar tahun 1995 sebelum melanjutkan keperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle, United Kingdom dalam bidang sama.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!