Menyekutukan atau menduakan Allah adalah perkara syirik. Ini termasuklah mempercayai ramalan manusia biasa yang boleh dianggap khurafat.

Namun, saat ini, nama Baba Vanga, peramal buta yang cukup terkenal dalam dunia mistik kembali menjadi sebutan terutama dalam kalangan pengikutnya.

Semuanya gara gara dua dari enam ramalan yang disebutkan sebelum wanita dengan nama sebenar Vangeliya Pandeva Surcheva dan meninggal dunia pada tahun 1996 pada usia 84 tahun kini benar benar terjadi.

Ramalan yang diramal oleh Baba yang diberi gelaran Nostradamus Balkan itu adalah kejadian banjir besar yang menyebabkan kerosakan besar di Australia dan sebahagian wilayah Asia Eropah dilanda kekeringan.

Malah dia juga meramalkan banyak negara di Asia akan dilanda banjir selain paras air sungai sungai di Eropah pula mulai surut.

Meski tidak ada bukti secara ilmiah, namun sesiapa yang mengikuti rapat dan ‘percaya’ dengan ramalan Baba Vanga akan cepat mengaitkan banyak kejadian buruk yang sedang melanda mempunyai persamaan dengan apa yang dikatakan semasa hayatnya.

Sebelum ini Baba Vanga, wanita yang buta semasa berusia 12 tahun ini pernah meramalkan kematian Puteri Diana, peristiwa 9/11 selain Barack Obama menjadi presiden.

Sementara dunia akan menerima kedatangan tahun 2023 dalam beberapa bulan sahaja lagi, Baba Vanga sudah siap siap memberi ramalannya tentang tahun yang belum wujud itu.

Dia mendakwa alien akan tiba di asteroid dan virtual reality/VR akan mengambil alih dunia.

Kredit Foto: Sky History