Laman Utama

“Banyak Tempat Dibuka Kerana Ekonomi, Bukan Sebab…” - Dine In Fasa 1, DG Hisham Minta Semua Beringat!

gempak
Hanafis Haris
20/08/2021
00:31 MYT
Sponsor Banner
“Banyak Tempat Dibuka Kerana Ekonomi, Bukan Sebab…” - Dine In Fasa 1, DG Hisham Minta Semua Beringat!

Semalam, Malaysia khususnya penduduk negeri yang masih berada di fasa satu menerima satu berita apabila aktiviti 'dine-in' atau makan di restoran akhirnya dibenarkan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, kebenaran itu hanya tertakluk pada individu yang lengkap divaksin dan berkuatkuasa hari ini (Jumaat).

Pun begitu, kelonggaran itu dilihat masih menjadi kebimbangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi satu posting di Twitter, Noor Hisham mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati.

“Peringatan kepada semua, banyak tempat dibuka kerana ekonomi & bukan kerana ia selamat.

“Sentiasalah beringat, pakai dua pelitup muka kalau boleh.

“Amalkan penjarakan fizikal & cuci tangan dengan kerap. Elakkan ruang yang sesak dan terkurung,” katanya.

Tambahnya, dia juga menasihatkan orang ramai supaya segera mendapatkan vaksin.

“Stay safe dan dapatkan vaksinasi secepat mungkin,” katanya.

Sekadar info, kemudahan tambahan lain bagi negeri Fasa 1 dan seterusnya turut merangkumi aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu.

Kemudahan tambahan itu diputuskan selepas mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang sudah melebihi 50 peratus, lebih awal daripada sasaran iaitu 31 Ogos.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live