Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iatu Datin Seri Shahida berkongsi beberapa foto ketika menunaikan umrah bersama ibu bapanya.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di laman Instagram buat tatapan umum.

Menurut Shahida, ketika usia muda, ibu dan bapanya sentiasa bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga dengan melakukan pelbagai kerja.

"Inilah ibu dan ayah saya, bapa saya dulu macam-macam kerja dia buat, bawa teksi, pengawal keselamatan, jual air tebu dan macam-macam lagi.

"Mak saya kerja dekat TNB, lama dulu, sekarang sudah pencen, dia sanggup usahakan apa yang dimahukan anak-anak walaupun terpaksa bergolok gadai.

'Alhamdulillah, setiap tahun ada rezeki saya bawa mereka tunaikan umrah, kita berjaya pun sebab doa mereka jadi mungkin ini saja yang mampu saya balas," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha baik Shahida untuk membalas jasa ibu bapanya, ramai juga yang berasa sebak dan terharu.

Ini lah mak ayah saya..... bapak saya dulu mcm2 kerja dia buat,bawa teksi,pengawal keselamatan,jual air tebu ,kelapa,jual kad raya....semua kerja lah dia buat selagi boleh mencari rezeki...orangnya garang....dulu cukup susah nak bg keluar,lambat balik sekolah pun kena marah.. . Mak saya kerja dekat TNB......lama dulu ....sekarang dah pencen,selalu usahakan apa yg anak2 nak walaupun x ada duit sanggup bergolok bergadai...Alhamdulillah tiap tahun ada rezeki bawa mak ayah pergi umrah...Kita berjaya pun sebab doa mereka ?...Jadi mungkin ni je yg mampu saya balas.....kalau nak dihitung jasa mak ayah ni smapai mati pun kita x mampu nak balas.. @rohanihassan7561

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on


Alif dan Shahida berkahwin pada 0gos 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 tahun dan Yusoff Al-Qardawi yang baru dilahirkan pada Jun lalu.