,
Laman Utama

Bapa Durjana Rogol, Liwat Anak Dipenjara 428 Tahun, 240 Sebatan

Gempak
20/09/2022
11:25 MYT
Perbuatan terkutuk seorang bapa merogol, melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal terhadap dua anak kandung serta mengugut bunuh isteri dan anaknya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 428 tahun dan 240 sebatan di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini.
Hakim Nariman Badruddin memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan dan mensabitkan tertuduh yang mengekalkan pengakuan bersalah terhadap 28 pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen semalam.
Beliau bagaimanapun menetapkan hukuman penjara terhadap tertuduh berusia 56 tahun itu berjalan serentak secara berperingkat dan menjadikan tempoh selama 45 tahun selain 24 sebatan maksimum boleh dikenakan.
Berdasarkan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, tertuduh didakwa merogol kedua-dua anaknya kini berusia 19 dan 15 tahun secara berasingan, membabitkan 13 dan lapan kes.
Lelaki itu yang juga penyelia syarikat pemegang pelaburan turut didakwa atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 377CA KK iaitu melakukan seks dengan mangsa berusia 15 tahun dan berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan.
Selain itu, bapa lima anak itu turut berdepan satu pertuduhan lain mengikut Seksyen 377B Kanun sama kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama serta satu lagi pertuduhan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 16 pula memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan sebat.
Kesemua kesalahan itu dilakukan antara 24 September 2015 hingga 5 September lalu bermula ketika kedua-dua mangsa mencecah usia 12 tahun di rumah mereka.
Mengikut fakta, detik hitam menimpa dua beradik itu berlaku sejak 2015 dan terbongkar selepas isteri mangsa terlihat tertuduh sedang merogol anak keduanya kini berusia 15 tahun dalam kejadian terbaru pada 5 September lalu.
Tertuduh yang mempunyai dua isteri melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam rumah termasuk sofa ruang tamu, bilik kelamin dan bilik tidur kedua-dua mangsa.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari yang menjalankan pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan mengambil kira kenyataan impak mangsa (VIS) diberikan kedua-dua mangsa jelas membuktikan mereka trauma sehingga takut untuk mendekati lelaki lain mahupun saudara mereka.
Beliau berkata, mangsa berusia 19 tahun turut memberitahu dia tidak lagi mempercayai malah membenci lelaki seusia bapanya itu walaupun mereka baik kepadanya.
Katanya, mangsa kedua pula antara lain menyatakan dia hampir gila memikirkan perbuatan jijik bapanya itu yang menggunakan pelbagai ugutan dan helah serta memaksanya mengadakan seks biarpun ibunya berada di rumah.
"Malahan, tertuduh juga ada ketika meminta ibu mangsa balik ke kampung atau pergi membeli barangan dapur dan melarang mangsa mengikutnya bagi membolehkan dia melakukan seks dengan mangsa di rumah," katanya.
Anis Najwa turut berhujah, perbuatan tertuduh merosakkan institusi kekeluargaan sedangkan tanggungjawabnya sebagai ayah untuk melindungi kehormatan anak perempuannya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan dia sudah insaf dan sudah memohon maaf kepada isteri serta anak-anak selain merayu mahkamah menimbangkan faktor dia menghidap penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, sakit kulit kronik serta masalah tulang belakang.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Banyak Tikus, Wanita Dakwa Sean Diddy Combs Mungkin Mati Dalam Penjara

gempak
20/09/2024
16:00 MYT
Seorang wanita yang suaminya maut di dalam penjara sama Sean Diddy Combs kini ‘disumbat’ memberi amaran pesohor seni itu mungkin mati di sana.
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.