Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bapa Kejut Bangun 3 Pagi Setiap Hari Untuk Belajar, Pelajar STPM Ini Raih Keputusan Cemerlang

Gempak
23/07/2024 18:55 MYT
Pengorbanan seorang bapa yang bekerja sebagai pemandu bas terbalas apabila anak kelimanya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang diumumkan pada Selasa.

Riska Sainuddin, 20, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan berkata, bapanya banyak berkorban termasuk sentiasa memberi dorongan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang tidak dijangka.

"Saya pelajar asrama dan setiap jam 3 pagi, bapa akan hubungi untuk kejutkan saya supaya mengulang kaji pelajaran terutama pada minggu peperiksaan.

"Dia akan pastikan saya belajar semasa sepanjang minggu ulang kaji dan peperiksaan supaya dapat fokus untuk menjawab peperiksaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023, di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, pada Selasa.

"Saya akan pastikan masa diurus dengan berkesan dan saya juga menjaga hubungan dengan Allah meminta dan berdoa supaya diterangkan hati dalam menerima ilmu daripada guru-guru.

"Alhamdulillah, semua keputusan cemerlang dan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 bagi subjek Geografi, Pengajian Am, Sejarah, Sains Sukan dan Pengajian Perniagaan," katanya.

Rancang Lanjutkan Pelalajaran

Katanya lagi, dia kini merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan dan sudah menghadiri janji temu dengan pihak universiti.

Sementara itu, bapanya Zainudin Osman, 59, berkata, walaupun dia hanya bekerja sebagai pemandu bas dengan pendapatan tidak menentu namun dapat menyekolahkan kesemua anaknya malah salah seorang daripadanya mencapai keputusan cemerlang.

BERITA TRENDING:Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

​BERITA TRENDING:Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta


​BERITA TRENDING:Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."


"Saya akan sokong anak saya jika dia mahu melanjutkan pengajian di universiti walaupun pendapatan sebagai pemandu bas tidak menentu malah kadang-kadang hanya mendapat RM50 sehari, tetapi berkat kesabaran Alhamdulillah masih boleh memikul tanggungjawab sebagai bapa.

"Selain itu, mujur juga anak-anak yang sudah bekerja banyak membantu dari segi kos pendidikan adik-adik mereka yang masih bersekolah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

#Berita #Pelajar #Keputusan #STPM
;