Skip to main content

Hiburan

“Kenapa Saya Kena Bagi Awak Duit? Saya Bukan Pusat Kebajikan Masyarakat” – Aliff Syukri

Astro Gempak 474

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan seorang ejen hartanah yang mendakwa tidak menerima bayaran selepas membantu beliau melihat beberapa lokasi hartanah pada 2023.
  • Aliff menjelaskan tiada urusan pembelian dilakukan melalui ejen tersebut dan bayaran komisen sepatutnya dituntut daripada penjual, bukan pembeli.
  • Beliau juga menolak dakwaan hanya membantu golongan tertentu dan menegaskan telah memberi bantuan zakat serta sumbangan kepada ramai orang di pelbagai kawasan.
Advertisement

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil bersuara selepas tular satu hantaran dipercayai dimuat naik seorang ejen hartanah yang mendakwa tidak menerima sebarang bayaran selepas membantu usahawan itu melihat beberapa lokasi hartanah sekitar tahun 2023.

Menerusi satu video dimuat naik dalam media sosial, Aliff dilihat kurang senang apabila namanya dipetik dan dijadikan bahan perbualan netizen.

Advertisement

“Amboi, seronok eh menghina, memviralkan saya,” katanya sebelum membaca semula dakwaan individu tersebut.

Individu terbabit mendakwa dia pernah membantu Aliff melihat beberapa kawasan tanah termasuk di Hulu Langat dan Tanjung Malim menggunakan wang sendiri untuk minyak serta makan minum, namun tidak menerima sebarang bayaran.

fdbg

Bagaimanapun, Aliff menegaskan individu tersebut merupakan ejen hartanah dan tiada sebarang urusan pembelian dilakukan menerusi orang berkenaan.

“Awak ejen hartanah, saya tak beli properti dengan awak, kenapa pula saya kena bagi awak duit?

“Setahu saya, kita akan hulur duit bila awak berjaya close deal. Ada ke bukti saya buat pembelian dengan awak?” katanya.

Dalam masa sama, Aliff turut menolak dakwaan kononnya dia hanya membantu golongan tertentu sahaja.

“Tak payah ceritalah ‘aku ni bukan artis sebab itu Datuk tak nak tolong’.

“Saya ni dah bagi bantuan zakat, barang dapur dan duit kepada beratus ribu orang di Kedah, Baling, Sabak Bernam, Shah Alam dan Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambah pengasas jenama kosmetik itu lagi, dia juga bekerja keras mencari rezeki dan tidak mampu memenuhi kehendak semua pihak.

“Saya ni bukan pusat kebajikan masyarakat dik.

“Kalau saya buat live orang tak beli barang saya, lepas tu saya nak minta derma ke?” katanya.

Menurut Aliff, urusan bayaran komisen sepatutnya dituntut daripada pihak penjual dan bukannya pembeli hartanah.

“Saya cari properti, kalau set confirm, awak mintalah dengan penjual, bukan minta dengan buyer,” katanya lagi.

Terdahulu, individu dipercayai ejen hartanah tersebut didakwa memuat naik hantaran berkenaan selepas tular kisah Aliff tampil menghulurkan bantuan kepada pelakon Norish Karman baru-baru ini.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[Official] d'Alba_Store Italian White Truffle Vital Spray Serum 100ml, Premium Mist Serum, Raidant Skin, Facial Mist, Skin Care, All in One Care

[Official] d'Alba_Store Italian White Truffle Vital Spray Serum 100ml, Premium Mist Serum, Raidant Skin, Facial Mist, Skin Care, All in One Care

Caudalie Beauty Elixir | 100% Natural Skincare Mist | Reveals Complexion Glow

Caudalie Beauty Elixir | 100% Natural Skincare Mist | Reveals Complexion Glow

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

[medicube official] PDRN Pink Peptide Serum 30ml|Bintik Gelap dan Jeragat | Kulit Glowing | Kollagen | Penghalang Kuilt

[medicube official] PDRN Pink Peptide Serum 30ml|Bintik Gelap dan Jeragat | Kulit Glowing | Kollagen | Penghalang Kuilt

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Must Watch Video

Advertisement