Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri
Maliah Surip
17/09/2024 17:17 MYT
17/09/2024 17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Selepas misteri kehilangan wanita itu terjawab kerana dibunuh suami yang dikenali sebagai Thomas dengan sebahagian anggota badan hancur kerana dikisar, kini bapa mangsa mendedahkan bagaimana dia menemui kepala anak kesayangannya itu.
Penemuan itu berlaku pada 13 Februari lalu selepas dia dan isteri makan malam yang disediakan oleh menantunya, lapor MailOnline.
Dia juga mendedahkan mula mencari anaknya di rumah selepas Thomas mengelak untuk memberitahu keberadaan Joksimovic.
Kehilangan Joksimovic disedari selepas guru di sekolah menghubungi bapa wanita yang juga pempengaruh itu gagal mengambil anaknya untuk pulang.
Namun sewaktu ibu bapanya datang ke rumah dan bertanya, Thomas mengelak dan memberitahu isterinya sudah keluar beberapa jam sebelum itu.
Thomas bagaimanapun curiga dan berasa tidak sedap hati selepas cuba menggeledah rumah tersebut sebelum melihat plastik beg hitam besar dalam tong sampah berada di bilik dobi sebelum ternampak rambut berwarna perang terkeluar dari situ.
Warga emas itu kemudian pantas menghubungi pihak berkuasa sementara Thomas sibuk ‘melayan’ isterinya.
Meski sudah terbukti bersalah dan melakukan jenayah di luar kewarasan, Thomas tetap merayu hukuman dengan mendakwa membunuh isterinya untuk mempertahankan diri.
Selepas misteri kehilangan wanita itu terjawab kerana dibunuh suami yang dikenali sebagai Thomas dengan sebahagian anggota badan hancur kerana dikisar, kini bapa mangsa mendedahkan bagaimana dia menemui kepala anak kesayangannya itu.
BERITA TRENDING: Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan
Bapa Joksimovic memberitahu menemui kepala anaknya yang sudah dipenggal di dalam beg tong sampah di dalam bilik dobi di kediaman pasangan itu sementara pada waktu sama, dua anak mereka bermain di bilik sebelah.Penemuan itu berlaku pada 13 Februari lalu selepas dia dan isteri makan malam yang disediakan oleh menantunya, lapor MailOnline.