Seorang warga emas berusia 61 tahun menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas membunuh isterinya dengan kejam di sebuah kampung di Malang, Indonesia.

BERITA TRENDING: YouTuber Ditanam Di Belakang Rumah Kekasih, Maut Lepas Lakukan Hubungan Badan

James Loodewky Tomatala bukan sahaja membunuh tetapi telah memotong beberapa anggota tubuh isterinya, Ni Made Sutarini, 55, kepada 10 bahagian.

Lebih kejam, suspek mengerat leher mangsa sewaktu wanita tersebut masih hidup. Ni hanya pengsan selepas dipukul dengan benda keras sebelum lelaki tersebut mengeret lehernya menggunakan pisau.

Tidak hanya leher, James turut mengerat 10 bahagian badan termasuk tangan, peha dan kaki sebelum memasukkan ke dalam sebuah besen.

Namun setelah pembunuhan kejam tersebut berlaku, James mendakwa telah didatangi ‘hantu’ isterinya sekaligus membuat dia memaklumkan perbuatan kepada jiran sebelum menyerahkan diri kepada pihak polis.

“Selepas membunuh isterinya, James berasa telah dihantui wanita tersebut.

“Dia terasa diperhatikan isterinya dan ada bayang-bayang yang mengekori sehingga takut tidur malam.

PILIHAN PEMBACA: Bergaduh Sampai Berbunuh, Lelaki Di Sungai Choh Bunuh Saudara Kandung, Tanam Mayat Belakang…

Dari situ dia memanggil teman yang juga jiran untuk membantu membuang mayat isterinya sebelum menyerahkan diri kepada polis,” ujar pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.com.

Menurut laporan media tempatan, James yang membunuh isterinya pada pertengahan bulan Disember 2023 berang kerana wanita itu sudah tidak pulang ke rumah mereka sejak lima bulan lalu.

Dia curiga wanita itu telah berlaku curang sebelum mencarinya di tempat kerja, memaksa pulang sebelum membunuhnya.

Akibat jenayah yang dilakukan, James berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup.