Bapa kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin meninggal dunia sedang tidur pada Khamis.

Khabar duka itu dikongsikan Rizman menerusi akaun Instagramnya.

"Ayah saya Nordin baru saja dijemput Illahi..

"Alhamdulillah.. baba pergi dengan tenang di dalam tidur sepertimana janjinya dengan Allah.

"Man doakan semoga baba berada didalam lindungan Allah, diampunkan segala dosa didunia dan diakhirat.

"Man doakan juga semoga roh baba dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang yang beriman, dipelihara di alam kubur serta diperluaskan kuburnya sepertimana salah satu taman syurga Allah dan semoga baba berada di alam sana dengan tenang," tulisnya.

A post shared by rizman nordin (@rizman.n)


Entri terbabit dihujani ucapan takziah dari rakan selebriti antaranya Nur Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Lisa Surihani dan ramai lagi.

Takziah kami ucapkan.