Penyanyi Sharifah Zarina kehilangan bapa tersayang, Wan Hasan Syed Jamil, 69, jam 8.30 malam semalam.

Zarina memaklumkan berita sedih itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Video tersebut merakamkan Zarina sebak dan menangis sebaik sahaja memberitahu berita itu kepada pengikut Instagramnya.

“Assalamualaikum, saya dapat khabar berita daripada Kuching. Ayahanda saya Wan Hassan Bin Sye Jamil Aijilani telah kembali ke rahmatullah.

“Semasa dia berada di masjid nak solat Isyak dan Tarawih, dia rebah pada solat sunat Isyak…

“Mohon kalian semua doakan untuk abah saya,” ujarnya sebak.

A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official)

Dalam pada itu, menerui ruangan komen rakan-rakan selebriti juga mengucapkan takziah kepada Zarina dan keluarga.

Antaranya Datuk Aznil Hj Nawawi, Lisa Surihani, Lufya Omar dan Serina Redzuawan.