Viral
Baru Bertunang Dengan Jejaka Perancis, Gadis Ini Diduga Dengan Kehilangan Ayah
Seorang gadis bernama Afariza Hanim tidak menyangka kehilangan ayah tercinta selepas selesai melangsungkan majlis pertunangan.
Menerusi laman Twitternya, Afariza memohon agar orang ramai mendoakan untuk arwah.
"Siapa sangka, ini akan menjadi foto terakhir saya bersama ayah saya. Dari Dia kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.
"Tolong sentiasa mendoakan dia dalam doa anda. Semoga tenang di sana abah," tulisnya di laman Twitter.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
"@waniewajihah: Takziah kak Afa. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
"@amiranasuhaaaa: Innalillahiwainnaillahirojiun. Takziah Afa dan keluarga. Semoga pak cik Halim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah. Terus kuat Afa.
"@eyfafauzay: Takziah Afa dan keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Sebelum ini, Afariza mendedahkan penerbangan tunangnya, Killian dari Perancis terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik Covid-19.
Oleh sebab itu, mereka memilih untuk meneruskan hari bahagia itu menerusi panggilan video.
"Killian sepatutnya berada di sini untuk pertunangan kami tetapi kerana Covid, penerbangannya dibatalkan.
"Kami memutuskan untuk mengekalkan upacara dan ini adalah bagaimana kami melakukannya melalui panggilan video," kongsinya.
Who’d have thought, this would be the last photo of me with my dad. To Him we belong and to Him we shall return. Please keep him in your prayers. Semoga tenang disana abah ♥️ https://t.co/3HvHWcVcCg— AFA (@AfarizaHanim) August 11, 2020
Sumber: Twitter @AfarizaHanim
Must-Watch Video