Laman Utama

Baru Cerai, Mantan Isteri Sule Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih

gempak
Maliah Surip
02/11/2022
07:45 MYT
Sponsor Banner
Baru Cerai, Mantan Isteri Sule Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih
Umum mengetahui komedian Sule dan bekas isterinya, Nathalie Holscher baru bercerai secara rasmi pada Ogos lalu.
Namun kini, tanpa segan silu, Nathalie mengaku dan mempamerkan hubungan cintanya kembali terjalin dengan lelaki yang pernah menjadi bekas kekasihnya, 10 tahun lalu.
Lelaki tersebut dikenali sebagai Faris, namun dipanggil Uda oleh bekas deejay tersebut. Nathalie juga mengatakan kekasihnya itu merupakan seorang peguam.
Salah satu foto kebersamaan mereka yang menjadi buah mulut adalah Nathalie dilihat duduk di atas motor ATV dengan anak hasil perkahwinan bersama Sule, duduk di hadapan Faris.
Banyak netizen berasa tindakan Nathalie yang cepat bertemu orang baharu dan terbuka berbicara tentang cinta lama berputik semula seperti kurang manis. Malah ada yang mempersoalkan masa idah dirinya selepas menjanda.
Namun dalam sebuah video yang dibikin mereka, Nathalie meminta Faris untuk menjelaskan hubungan mereka.
“Ayuh, jelaskan supaya tidak dianggap selingkuh (curang),” kata Nathalie seperti dilaporkan CNN.
Menurut percakapan dari video tersebut, mereka bertemu pada awalnya secara profesional kerana Faris sebagai peguam membantunya dengan kes penceraian.
Rupanya, ternyata Faris masih belum move on biarpun mereka sudah berpisah selama 10 tahun dan menurut Nathalie, lelaki itu adalah yang terbaik pernah ditemuinya sebelum ini.
Jadi atas izin kedua keluarga, mereka pun menjalinkan semula hubungan cinta yang terputus.
Sementara itu, media Indonesia yang cuba mendapatkan komen Sule hanya dijawab dengan: “Saya tidak tahu” oleh bintang tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024