,
Laman Utama

Baru Episod 1 Ramadan Pertama Edi, Dari Nugget Goreng Kicap Sampai Edi, Semua Sudah Buat Hal!

Maliah Surip
01/04/2021
03:20 MYT
Tayangan episod pertama Ramadan Pertama Edi yang bersiaran malam tadi sudah menggeletek hati penonton.
Mana tidaknya, pertembungan aksi Edi (Redza Rosli) dengan bapa mentuanya, Pak Sobri (Datuk Aznil Nawawi) yang garang dan kakak isterinya, Naemah (Elly Mazlien memang 'kecoh', sementara aksi cool Nad (Mimi Lana), isteri Edi pula membuat drama terbaru terbitan Gempak ini menarik untuk ditonton.
Apa lagi pada penghujung episod pertama, Edi sudah tersalah masuk bilik dan dengan selamba tidur di sebelah kakak Naemah sebelum kedua duanya terkejut kerana tindakan tak sengaja oleh Edi.
Apakah yang akan berlaku seterusnya di episod kedua? Adakah Pak Sobri akan 'naik hantu', Nad pula terasa suaminya ingin memikat kakaknya kerana dia yang alah pada bau minyak wangi Edi sepanjang hamil?
Tak sabarkan nak tahu. Agaknya apa pula menu yang akan disajikan oleh Naemah selain Nugget Masak Kicap yang menurutnya tak pernah dimasak oleh orang lain. Memang lawak habis!
Ramadan Pertama Edi diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Ia mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). yang berkahwin hanya selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?
Selain Paknil, Redza, Mimi Lana dan Elly Mazlien, Ramadan Pertama Edi turut dibintangi Datin Lisa Surihani, Raja Azura, Abon dan ramai lagi.
Ramadan Pertama Edi yang berdurasi selama 30 minit ini bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

"Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana

gempak
31/10/2024
07:25 MYT
Pelakon jelita Mimi Lana mencuri perhatian menerusi kapsyen terbaharu di Instagramnya, berkongsi tentang penyondol.
Hiburan

Astro Ungguli 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2024, Bukti Kecemerlangan Industri Hiburan Malaysia

gempak
01/10/2024
04:28 MYT
Astro akan mewakili Malaysia dalam kategori-kategori ini bagi bersaing dengan 16 negara lain di rantau Asia-Pasifik.
Unitar