,
Hiburan

“Baru Tahu Tahap Keselesaan Dia, Habis Kuarantin Aku Nak Beli Tujuh” - Lelaki Ini Cuba Baju Kelawar… Ramai Suka!

Azwa Rahman
02/04/2020
10:18 MYT
Baju kelawar menjadi tular di laman sosial gara-gara terdapat golongan lelaki yang pertama kali mencuba dan mengakui keselesaannya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @thefunsizeguy berkongsi rasa selesa apabila memakai baju kelawar buat pertama kali ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Baru aku tahu tahap keselesaan baju kelawar ini bagaimana. Habis kuarantin aku nak beli 7. Untuk dipakai seminggu,” tulisnya menerusi satu kicauan. Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai netizen lelaki yang mengakui keselesaan memakai baju kelawar yang selama ini sinonim dengan para wanita.
Malah, ada yang turut berkongsi foto memakai baju kelawar milik ibu atau kakak sebagai tanda setuju. “Tahu takpe. Aku selalu share ngan kakak aku dulu,” kata seorang wargamaya.
“Best betul kan, dia punya syiok perghh” puji seorang wargamaya.
“Dan ia juga boleh menyelimuti diri sendiri. Apabila ditiup angin. Terasa seperti lipas merayap-rayap di badan dengan kibaran kain. Hahahahha,” kata seorang wargamaya. “Den ada 4 kakak. Semua baju kelawar dio den dah pakai. Kadang dio mengamok pakai baju kelawa eh. Den kata nanti den basuhlah. Last-last den humban yo dalam bakul,” luah seorang wargamaya lagi.
Pendapat ini turut dipersetujui oleh para wanita yang rata-ratanya gemar memakai baju kelawar pada waktu malam.
Pakailah baju kelawar siapa pun, asalkan anda duduk rumah sepanjang tempoh PKP ini untuk hapuskan rantaian COVID-19.
Sumber gambar: Twitter @datininaz, @raihanaroslan dan @izzazri122
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.