Loya! Itu yang digambarkan netizen terhadap dialog yang dilontarkan oleh pelakon Zamarul Hisham dalam drama Tiada Maaf Buatmu yang dilakonkan bersama aktres Zahirah Macwilson.

Zamarul yang memegang watak lelaki miang sebagai Datuk Mazlan melontarkan dialog yang disifatkan netizen berunsur ‘double-meaning’ itu dalam satu babak episod 2 drama terbabit.

"Pergi basuh bersih-bersih ok, tak basuh pun tak apa I suka," demikian antara dialog Zamarul dalam babak yang turut dikongsikan di Instagram Zahirah.

Dalam adegan itu, Zamarul membuka ikatan tangan dan kaki Zahirah yang melakonkan watak sebagai Aina Cempaka, sebelum dia meminta izin ke tandas.

Video itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menyifatkan ia meloyakan namun, ramai yang memuji lakonan hebat Zamarul.

"Geli……..meremang bulu roma weh," komen salah seorang warganet.

"Menjadi betul lakonan pelakon legend Zamarul ni... Geram rasa," puji seorang pengguna.

"Pergi basuh bersih ok, tak basuh pun tak apa I suka kenapa abang ni sekarang berlakon pelik-pelik dengan rambut dia btw abang memang pelakon terbaik," puji salah seorang warganet.

"Suka kenapa abang ni sekarang berlakon pelik-pelik dengan rambut dia btw abang memang plakon terbaik," komen salah seorang netizen.

Selain Zahirah dan Zamarul, Tiada Maaf Buatmu turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Wan Raja, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Sinopsis Tiada Maaf Buatmu

Tiada Maaf Buatmu mengisahkan Aina Cempaka seorang gadis yang mengalami kecelakaan sehingga ia merubah kehidupannya. Perbuatan abangnya yang tidak melangsaikan hutang pemilik kelab malam menjadikan Aina Cempaka mangsa keadaan.

Kejadian itu membuatkan kehidupan Aina Cempaka menjadi lebih malang apabila dia kehilangan ingatannya. Dia membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu. Namun, takdir menemukan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal kembali apabila dia mendapat kerja sebagai pembantu peribadi di syarikat Faiz Iqbal.

Saksikan Tiada Maaf Buatmu yang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 September 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama, Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.