Gara-gara mengalami kesukaran bernafas sejak semalam, penyanyi Aiman Tino terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan swasta di Setapak, Kuala Lumpur.
Mengesahkan perkara terbabit, kata ibunya, Hazelina Mat Jalil, Aiman dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas mengalami gejala batuk berpanjangan.
"Kami bawa Aiman buat pemeriksaan dan doktor minta masuk ke wad untuk pemeriksaan lanjut.
"Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada baru-baru," katanya.
Memetik laporan Boom! Malaysia, Hazelina berkata penyanyi Ku Rela Dibenci itu juga dikhuatiri menghidap lelah walaupun tiada sebarang rekod sejarah penyakit berkenaan.
"Saya juga nasihatkan dia kurangkan atau berhenti terus dari hisap vape kerana bimbang akan mengganggu kesihatannya.
"Alhamdulillah Aiman dalam keadaan stabil dan perlu berehat serta memakai oksigen bagi stabilkan pernafasan," katanya.
Hazelina turut memohon doa orang ramai agar Aiman kembali sembuh dan diberikan kesihatan seperti sedia kala.
"Hati ibu mana yang tidak risau setiap kalo anak-anak sakit. Saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil bila mereka sakit.
"Sebab itu saya lebih suka minta mereka segera dapatkan rawatan supaya tahu keadaan dan dipantau doktor," katanya.
Hazelina sebelum itu berkongsi sekeping foto di media sosialnya memamparkan Aiman sedang terbaring di katil dengan memakai topeng oksigen.
Dia menulis kapsyen pendek,"Mak doakan Aiman Cepat Sembuh..."
Foto: @yusririena
Amri Hassan
Sun Oct 16 2022


KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Syarikat Milik Selebriti Pertama Mengendalikan Taman Tema
Menarik untuk dikungjungi satu family!

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.