Laman Utama

Bayar Kawan Jaga Anak RM2,800 Sebulan, Salah Seorang Maut Didera

Maliah Surip
04/10/2022
09:35 MYT
RM2,800 bukanlah satu jumlah yang sedikit buat ibu bapa keluarkan demi memastikan kebajikan anak anak mereka terjaga sepanjang keluar bekerja.
Namun ternyata, jumlah yang cukup besar itu juga tidak dapat menjamin keselamatan anak yang diberi kepercayaan kepada seorang kenalan apabila salah seorang daripada adik beradik yang dijaga maut didera.
Menurut laporan AWANI, dua pengasuh yang ditahan berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut di Taman Skudai, di sini, pada Ahad malam, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan majistret, R. Salini ke atas suspek, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembantu rumahnya, seorang wanita warga asing berusia 40 tahun di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Kedua-dua suspek tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan kawalan polis.
Suspek dipercayai mendera mangsa hingga mati di sebuah kediaman di Taman Skudai sebelum ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan.
Polis menerima aduan mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 11 malam pada Ahad daripada bapa mangsa apabila dimaklumkan tentang kejadian daripada suspek lelaki yang juga kenalannya.
Difahamkan suspek diupah menjaga mangsa serta adik perempuannya yang berusia setahun dengan bayaran RM2,800 sebulan.
Pemeriksaan awal mendapati kesan lebam dan luka pada badan mangsa sebelum mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Biarlah Mahkamah Menentukan Kebenaran…”- Hanya Bergambar, Zahid Hamidi Nafi Lindungi Siti Bainun

gempak
17/04/2022
21:54 MYT
Zahid Hamidi Nafi Lindungi Siti Bainun
Laman Utama

“Harap Pelaku Penderaan Bella Dapat Hukuman Setimpal” - Zuraida Mahu Bella Dapat Pembelaan Sewajarnya

gempak
13/07/2021
09:45 MYT
Semoga Bella cepat sembuh dan dapat pembelaan sewajarnya.
Highlights

“Hikmah PKP Duduk Dirumah? Saya Tak Merasainya. Yang Ada Cuma Derita Yang Menyiksakan” – Suraya

gempak
05/05/2020
15:14 MYT
Tidak semua orang mendapat hikmah dan kebaikan susulan tempoh PKP ini. Ada yang hilang pekerjaan, terputus rezeki dan paling menyedihkan apabila ada dalam kalangan kita yang terpaksa bertarung apabila menjadi mangsa penderaan suami. Ke mana nak lari dalam PKP?
Gaya Hidup

Gila! Buat Tutorial Make Up Pada Ular, Individu Ini Dikecam Netizen

gempak
01/07/2019
10:49 MYT