Laman Utama

Bazar Aidilfitri Jalan TAR Akan Diteruskan Tapi…

gempak
Gempak
20/02/2022
04:57 MYT
Sponsor Banner
Bazar Aidilfitri Jalan TAR Akan Diteruskan Tapi…
Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), di sini akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, bagaimanapun pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.
"Namun, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan," katanya pada pemberita selepas melancarkan Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 di Panggung Anniversari pada Sabtu.
Tahun ini, Bazar Aidilfitri di Lorong TAR mempunyai 216 petak niaga dan bakal beroperasi selama sebulan bermula 1 Ramadan ini.
Mahadi berkata, walaupun terdapat kelonggaran SOP, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya berlaku ketidakpatuhan sehingga berlakunya penularan Covid-19 di kawasan tersebut.
"Kalau berlaku pada tahap perlu ditutup, maka kita terpaksa menutupnya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mematuhi SOP dan tidak menjadi kepada penyebaran kluster baharu," katanya.
Beliau berkata, DBKL juga sedang menguruskan permohonan daripada persatuan penjaja yang berhasrat mengadakan Bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.
Sementara itu, Mahadi berkata, penganjuran Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 bertujuan menerapkan konsep perpaduan dan persefahaman antara warga kota yang berbilang kaum selain menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan aktiviti dan program bersesuaian dengan norma baharu.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live