,
Laman Utama

"Beberapa Negeri Lagi Berpotensi Beralih Ke Fasa 2 PPN" - Perdana Menteri

Asraf Aided
06/07/2021
05:40 MYT
Selepas Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai semalam, terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan positif untuk mencapai tiga indikator ambang utama dalam waktu terdekat.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kemas kini di akaun Facebook milik beliau pada Isnin.
Dalam entri yang sama, Perdana Menteri turut menzahirkan rasa syukur apabila lima buah negeri telahpun beralih ke Fasa 2 PPN.
"Alhamdulillah, selain lima (5) buah negeri yang telah pun beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan yang amat baik dan berpotensi untuk mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat," kata beliau.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga berharap agar situasi pandemik di Malaysia dapat terus dikawal dengan pemvaksinan berterusan kepada lebih ramai rakyat dalam masa terdekat.
"Saya berharap situasi pandemik di negara kita dapat terus dikawal dan lebih ramai rakyat dapat divaksin dalam masa terdekat dengan penerimaan bekalan vaksin yang lebih banyak pada bulan ini.
"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan badan-badan amal, parti-parti politik, pihak swasta dan orang ramai yang tampil menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada masa ini di samping bantuan-bantuan disampaikan oleh pihak kerajaan. Semoga amal jariah anda semua diberikan ganjaran oleh Allah SWT," katanya lagi.
Tiga indikator nilai ambang yang ditentukan dalam peralihan ke Fasa 2 PPN adalah kes harian COVID-19 di bawah 4000, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) serta liputan vaksinasi dua dos meliputi 10 peratus daripada populasi.
Foto: Facebook Perdana Menteri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bakal Adakan Konsert Skala Besar Di Malaysia, Sal Priadi Perlukan Persiapan Lebih Rapi - "Secara Jujurnya, Saya Gementar Memikirkan..."

gempak
10/10/2024
12:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Sal Priadi, mengakui berasa bimbang untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama memandangkan ia akan diadakan dalam skala yang lebih besar.
Gaya Hidup

MY Gaya Month 2024 Martabatkan Barangan Buatan Malaysia

gempak
09/10/2024
18:26 MYT
Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) telah melancarkan kempen MY Gaya Month 2024, yang bertujuan untuk menonjolkan serta mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui produk fesyen, gaya hidup, dan pelancongan.
Hiburan

Allan Bimbang Tidak Diterima di Malaysia - “Hari-Hari Hitung Berapa Tiket Sudah Dijual”

gempak
05/10/2024
08:55 MYT
Allan Andersn, penyanyi program realiti X Factor Indonesia, mengakui bimbang bakatnya tidak dapat diterima oleh peminat seni di Malaysia.
Hiburan

“Silap Pertama Dia Datang KL” - Ceddy Ang Akui Kita Ketinggalan Dalam Memperkenalkan Budaya Malaysia Kepada IShowSpeed

gempak
02/10/2024
04:25 MYT
Menurut Ceddy, memperkenalkan makanan-makanan Malaysia kepada personaliti itu sangat bagus namun bawa berkunjung ke pusat membeli-belah itu bukan satu pilihan yang baik.
Hiburan

Konsert Terbesar Di Malaysia, Afgan Akui Gementar - “Sebagai Seorang Manusia Saya Juga..”

gempak
30/09/2024
10:25 MYT
Menurut Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza,35, sepanjang berkecimpung di dalam industri seni suara selama 17 tahun, dia belum pernah lagi membuat persembahan di tempat yang mempunyai kapasiti yang banyak.
BorakSeeni