Laman Utama

Bekalan Darah Meruncing; #KitaTeguhBersama, Jom Selamatkan Nyawa Dengan Menderma Darah

gempak
Maliah Surip
12/08/2021
03:17 MYT
Sponsor Banner
Bekalan Darah Meruncing; #KitaTeguhBersama, Jom Selamatkan Nyawa Dengan Menderma Darah
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus menyeru rakyat Malaysia yang prihatin dan budiman untuk menghulurkan bantuan menderma darah lantaran bekalan darah di negara semakin meruncing.
Menerusi hantarannya di Facebook awal bulan ini, Dr Noor Hisham memaklumkan stok darah semakin berkurang, sementara keperluan penggunaan darah adalah tinggi.
Menurutnya pendermaan darah yang disalurkan boleh membantu pesakit yang memerlukan termasuk pesakit kecemasan yang mengalami pendarahan di luar jangkaan seperti kemalangan dan komplikasi semasa bersalin.
"Individu yang sihat adalah dijemput bantu KKM dengan keluar menderma darah. Rujuk kepada waktu operasi Pusat Pendermaan Darah Statik mulai 26 Julai 2021 dan rancang pendermaan anda bagi memastikan kelancaran proses pendermaan," ujarnya dalam hantaran tersebut.
Calon penderma darah juga dinasihatkan agar mengisi slip temujanji pendermaan darah di link https://linktr.ee/dermadarah dan membawa kad/buku pendermaan darah (sekiranya ada).
Malah, para penderma diminta merancang pendermaan bagi memastikan kelancaran proses pendermaan.
Untuk rujukan jadual waktu kempen derma darah pula boleh dapati di www.pdn.gov.my.
Pada masa sama terdapat perubahan sementara lokasi PDN Donation Suite Midvalley Megamall ke lokasi baru di Ground Floor , North Void 2, (Depan Bath & Body Works) bermula 3 Ogos sehingga 29 Ogos 2021.
"Teruskan menderma darah dan bantu kami dalam memastikan stok darah sentiasa berada di paras yang mencukupi," serunya lagi.
#jomdermadarah, #darahtakpernahcuti, #unitpemasaranpdn, #Kitateguhbersama
Kredit Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live