Polemik pasca perceraian antara vokalis kumpulan Bunkface, Sam dan bekas isterinya, Aida Azira Husin dilihat masih belum selesai.

Aida menerusi jawapan dalam prosiding baru-baru ini memberitahu, berkata, sekiranya jumlah nafkah kurang daripada RM1,300 seperti yang diminta oleh Sam, anaknya iaitu Maleeq tidak mendapat kehidupan sempurna.

Menurut Aida, jika dikurangkan, dia terpaksa mengurangkan makanan, permainan dan aiskrim untuk anaknya.

Selain itu, tempat tinggal juga dinyatakan oleh Aida perlulah selesa, seperti keperluan pendingin hawa yang juga melibatkan bayaran bil elektrik.

Jawapan Aida itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya pengguna Twitter.

Ada yang menyokong Aida, dan ada juga yang menyokong Sam.



“Kalau bekas suami tak mampu nak bagi RM1.3K, ibu boleh tolong sikit untuk expenses anak kan? Buat anak sekali tapi nak kena tanggung sorang. Tak adil betul.”



“Hukum dah terang-terang cakap, nafkah tanggungjawab bapak. Ibu nak tolong support atau tidak, that's her privilege to decide. Jangan salahkan ibu kalau dia decide tak nak support. Memang hukum dah clearly state, tanggungjawab si ayah.

“Why don't Sam ask receipts untuk keperluan RM1.3K for 2 weeks tu. And then maybe boleh tengok logic ke tak. Kalau betul RM1.3K perbelanjaan untuk 2 weeks tu, maybe boleh discuss part mana boleh dikurangkan. Sebab kalau kita tak mampu, first sekali kena kurangkan perbelanjaan kan.”



Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shukran Yusof menetapkan tarikh 26 Jun ini untuk sebutan semula kes pindaan bayaran nafkah anak yang dituntut oleh Sam kepada Aida.

Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019.