Laman Utama

Bukan Sebab Lapar, Mentua ‘Sembelih’ Menantu Hamil 7 Bulan Sebab Tolak Seks

Izwan Isa
03/11/2023
00:50 MYT
Kisah bapa mentua mencederakan menantunya yang hamil tujuh bulan sehingga maut meraih perhatian ramai.
Menerusi laporan media, si pelaku yang dikenali sebagai Khori itu dikatakan bertindak membunuh menantunya, Fitria Almuniroh kerana pada ketika itu dia terlalu lapar. Namun, lain pula kisahnya selepas Khori disoal siasat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasuruan, Komisioner Hari Aziz berkata, Khoiri membunuh Fitria kerana hasrat untuk melakukan hubungan seks ditolak menantunya.

BERITA TRENDING: Wanita Hamil 7 Bulan Maut Disembelih Bapa Mentua Yang Kelaparan

"Mangsa baru saja mandi. Dia melihat mangsa berada di dalam bilik dalam keadaan terlentang.
“Kerana keinginannya timbul, dia masuk ke dalam bilik dan mencium menantunya itu," ujar Hari Aziz.
Tambah Hari Aziz, Fitria terkejut apabila melihat mentuanya masuk ke dalam bilik dan enggan menuruti permintaan jijik Khoiri.
Fitria kemudian menjerit meminta tolong dan akibat terlalu panik, Khoiri yang gelap mata itu meragut nyawa Fitria.
"Mangsa menjerit, lalu pelakunya panik dan berlari ke dapur untuk mengambil pisau. Kemudian pergi ke bilik tidur dan meletakkannya di atas mangsa dan kemudian mengelar lehernya," tambah Hari Aziz lagi.
Menurut Hari, pelaku bertindak menetak menantunya sebanyak sekali sehingga menyebab luka dengan kedalamannya 13 sentimeter.

BERITA TRENDING: Tragis! Wanita Hamil Yang Ditoreh Perut & Dibakar Rupanya Baru Kenal Kekasih Setahun Lalu

Seperti dilaporkan sebelum ini, Khoiri menetak menantunya Fitria pada Selasa ketika suami kepada mangsa, Sueb keluar untuk menghadiri jemputan temu duga kerja.
Sueb yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati isterinya terbaring kaku di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.
Fitria dikejarkan ke hospital tetapi disahkan telah meninggalkan dunia.
Sumber: Detik
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Siapa Yang Dia Suka, Itu Menantu Saya” - Ibu Siti Jamumall

gempak
27/06/2024
01:55 MYT
Ibu kepada usahawan, Siti Jamumall iaitu Norisan Jaafar, 55, menolak dakwaan tidak merestui perkahwinan anaknya dengan pempengaruh, Aiman Tak Kisah.
Hiburan

"Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya" - Ibu Aliff Aziz Muncul Semula, Panjat Rasa Syukur Selepas Selesai Kes Cerai Anak

gempak
13/06/2024
22:01 MYT
Ibu kepada artis sensasi kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil muncul semula menerusi hantaran terbaharu di Instagram lewat malam Khamis, usai kes penceraian anaknya dan menantu, Bella Astillah.
Viral

Mengaku Kerja Grab, Netizen Tak Sangka Aslam Lucu - “Patutlah Ramai Terpikat, Handsome & Kelakar Rupanya”

gempak
08/05/2024
02:55 MYT
Aslam buat video pun lucu.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Minta Doa Baik-Baik Untuk Anak, Menantu! - "Saya Tak Mahu Cakap Perkara Negatif"

gempak
04/04/2024
06:10 MYT
Ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil hanya memohon agar semua orang mendoakan yang terbaik untuk anaknya
Hiburan

Netizen Bandingkan Ibu Mentua Bella Astillah, Puteri Sarah - "Anak Curang 11 Kali, Mak Duk Back Up"

gempak
03/04/2024
16:55 MYT
Netizen dah mula bandingkan.