HOLLYWOOD
Bekas Kekasih Sean Diddy Combs Dedah Jadi Hamba S*ks, Layan Ramai Pelacur Lelaki Kerana Cinta
Kes perbicaraan berprofil tinggi, Sean Diddy Combs yang dituduh dengan skandal pemerdagangan seks mencuri tumpuan apabila bekas kekasihnya, Casandra Ventura menjadi saksi penting di Mahkamah Rendah Manhattan, Amerika Syarikat.
BERITA TRENDING: Penyanyi Ugut Sumbat Wartawan Dalam Bonet Kereta Jika Siar Artikel
Ventura yang menjalin hubungan selama 11 tahun bersama rapper tersohor itu antaranya mendedahkan telah menjadi hamba seks seawal perkenalan mereka dan terus melakukannya tanpa rela kerana cinta terhadap Combs.
Menerusi testimoni yang diberikan, Ventura mengaku sudah terlibat dengan fantasi liar Combs selepas setahun bercinta. Waktu itu dia berusia 22 tahun. Combs antaranya memberitahu ingin melihat dia melakukan seks dengan lelaki lain, lapor BBC.
Wanita itu dirakamkan berkata telah menyewa pelacur lelaki di Las Vegas dan mengambil dadah jenis Ecstasy serta mabuk. Dia pula memakai kostum yang sangat provokatif diberi daripada kedai seks.
Sejak itu aktiviti liar yang digelar ‘freak off’ sering terjadi malah dalam tempoh seminggu. Dia juga melakukan pesta seks dengan pelbagai pelacur lelaki di beberapa lokasi di luar negara untuk beberapa hari sehingga tidak tidur, bergantung kehendak Combs.
BERITA TRENDING: Mantan Model Playboy Dakwa Lakukan Oral Se*ks, Diddy Combs Paksa Tonton Video J.Lo
Menerusi lukisan grafik, Ventura menggambarkan lokasi pesta seks yang berlangsung akan menjadi sangat bersepah dengan banyak minyak bayi, darah dan cecair di dalam bilik hotel.
Meski tidak rela dan tidak selesa termasuk perlu melayani fantasi seks Combs sewaktu dirinya sedang haid, Ventura mengaku tetap memenuhi kehendak bekas teman lelakinya kerana cinta dan bimbang bintang itu mengamuk.
“Apabila anda cintakan seseorang, anda hanya tidak mahu mengecewakan dia,” ujar Ventura sewaktu memberi keterangan.
Namun menerusi kenyataan yang diberikan pada hari pertama sebagai saksi, Ventura menyifatkan semua yang berlaku kepada dirinya sebagai menjatuhkan dirinya dan jijik.
“Saya hanya mahu ini berakhir. Saya jijik. Saya telah menjadi objek buat lelaki,” katanya lagi.
Combs ditangkap oleh FBI di Manhattan pada 16 September 2024. Dia ditahan atas tuduhan pemerdagangan seks, penderaan dan konspirasi untuk kegiatan haram.
Penyanyi rap tersebut berhadapan dengan beberapa dakwaan termasuk melakukan serangan seksual dan memaksa wanita ke pesta seks yang melibatkan dadah. Combs bagaimanapun mengaku tidak bersalah kesemua tuduhan.