Hiburan

Mantan Model Playboy Dakwa Lakukan Oral Se*ks, Diddy Combs Paksa Tonton Video J.Lo

gempak
Maliah Surip
03/11/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Mantan Model Playboy Dakwa Lakukan Oral Se*ks, Diddy Combs Paksa Tonton Video J.Lo
Mantan model dewasa Playboy, Rachel Kennedy mendakwa telah dipaksa oleh Sean Diddy Combs menonton video bekas kekasihnya, pesohor Jennifer Lopez lebih 25 tahun lalu.
Kennedy yang kini berusia 54, menceritakan telah berkenalan dengan Diddy di sebuah kelab di Tokyo, Jepun pada tahun 2000. Dia merupakan penari di kelab tersebut waktu itu.
Diddy kemudian mengajaknya bersama beberapa orang lain datang ke hotel tempat dia menginap selepas bertemu di kelab tersebut pada sebelah petang.
“Kami menyedari sewaktu masuk, hanya ada Diddy seorang di situ. Jadi ia bukan sebuah pesta seperti yang kami sangka,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.
Masuk ke dalam bilik, Diddy memainkan klip video daripada Lopez berulang kali. Diddy malah bercakap di telefon dengan sangat lama bersama penyanyi lagu Waiting for Tonight itu.
Untuk rekod, J.Lo dan Diddy pernah menjalin hubungan asmara dari tahun 1991 sehingga 2001.
“Rasanya sangat aneh dan seperti tidak menghormati apabila dia memasang video kekasihnya sewaktu kami berada di sana.
“Setelah itu Diddy masuk ke bilir air dan berbogel. Dia kemudian mengarahkan kami melutut dan melakukan seks oral.
“Tiada paksaan. Kami juga melakukannya dengan rela hati. Dia kata ‘ini yang saya mahu’. Dan kami melakukan serta melayan nafsunya,” tambah Kennedy lagi.
Baik J.Lo mahupun pihak Diddy belum memberi sebarang respons terhadap dakwaan yang dikeluarkan Kennedy.
Dan pada saat ini, skandal pemerdagangan seks Diddy masih menjadi bualan sementelah rapper tersebut terus didakwa dengan pelbagai pertuduhan termasuk menganiaya budak berusia 10 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024